Sunday, 18 February 2018

The Wailers Selepas Bob Marley

The Wailers adalah nama yang cukup besar didalam peta musik reggae. The Wailers itu sendiri tidak akan wujud tanpa adanya Bob Marley,  Peter Tosh dan Bunny Wailer . Walaupun selepas Peter dan Bunny keluar untuk membawa haluan sendiri, Bob Marley masih lagi mengekalkan kumpulan The Wailers dengan mengrekrut I-Three (Rita Marley, Marcia Griffith, Judy Mowatt)... 


Selepas kematian Bob Marley pada tahun 1981, The Wailers diteruskan dengan diketuai oleh Aston 'Family man' Barret dan Junior Marvin... Meneruskan rakaman dengan kolaborasi beberapa artis antaranya Joe Yamanaka, Alpha Blondy dan beberapa artis lain... Pada tahun 1987 pula pemain dram mereka Calton Barret pula meninggal dunia akibat dibunuh.

Pada tahun 1989 barulah mereka meriliskan Album studio mereka yang  Pertama berjudul I.D... Selepas itu album Majestic Warriors (1991) dan JAH message (1994) walaubagaimanapun ketiga-tiga album ini tidak memberi impak yang besar kepada The Wailers. Pada 2008 pula Al Anderson dan Junior Marvin menubuhkan kumpulan The Original Wailers.


Tidak seperti Inner Circle, band yang diasaskan oleh Ian dan  Roger Lewis ini,  selepas kematian penyanyinya Jacob Miller pada thin 1980, Inner Circle bangun pada tahun 1986  dan telah berjaya menjenamakan semula nama Inner Circle itu sendiri tanpa bayang2 Jacob Miller... Lagu2 seperti Bad Boys dan Sweet (A La La La La Long)  menjadi hit seluruh dunia ketika itu... 

The Wailers itu sendiri tidak dapat lari dari bayang2 Bob Marley kerana The Wailers itu adalah Bob Marley...



Wednesday, 17 January 2018

Kecelaruan didalam subgenre reggae

Jamaica musik pada masa ini terus berkembang mengikut peredaran zaman... Banyak evolusi telah berlaku didalam Jamaica musik itu sendiri, dari ska hinggalah ke reggae, masing2 melahirkan sub genre dibawah asas akar musiknya... Reggae terus mendominasi perubahan didalam subgenrenya.

Agak susah sebenarnya untuk men'crate'kan sesuatu bunyian atau melahirkan sesuatu  subgenre musik yg baru... Tetapi agak senang untuk pihak media melabelkan sesuatu jenis musik, contohnya 'reggae revival' adalah ciptaan pihak media...  Adakah reggae revival itu satu subgenre atau itu adalah movement... Chronixx penyanyi asal Jamaica ini  menolak idea reggae revival yg dicipta oleh pihak media.

Memang benar terdapat banyak pemuzik diluar sana mempunyai gaya musiknya  yang tersendiri Dan ghairah dengan cuba mencipta sesuatu yg baru dan mengklasifikasikan musik mereka sebagai satu subgenre baru...

Aku secara peribadi menilai sesuatu subgenre yg baru lebih berdasarkan kepada perubahan tempo musik dan experimental dengan alatan musik... Reggae itu sendiri kaya dengan culturenya... Jika ada sesuatu pemuzik mengklaim mencipta satu subgenre baru dan hanya berdasarkan kepada jenisan penulisan lirik yg khusus seperti tema religious, health atau sebagainya tanpa berlaku perubahan dan experimental musik aku secara peribadi  menolaknya Kerana lirik itu universal...

Tidaklah salah juga jika mereka mendakwa telah menghasilkan sesuatu yg baru didalam musik reggae.  Pokoknya perlu tahu tentang hala tuju sama ada boleh diterima diperingkat global dalam penerimaannya. Kalo diterima itu sukses... Kalo mati dan tidak berkembang itu syok sendiri... Subgenre itu seharusnya berkembang dan diterima...salam... Neat's

Monday, 1 January 2018

Malaysian Ska & Reggae 2016-2017

Tahun baru, baharu saja berlalu, 2 tahun kebelakangan ini musik ska dan reggae di Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan dari segi penganjuran konsert yang berskala besar dan band-band banyak meriliskan album dan single baru. wujudnya beberapa komuniti dan persatuan ska dan reggae yang didaftarkan antaranya Pertubuhan Pengiat Seni Ska Malaysia, Malaysia International Reggae Society (MIRS) dan beberapa komuniti yang dibentuk di alam maya. Komuniti atau pertubuhan ini diwujudkan adalah untuk membentuk jaringan dan mengumpulkan peminat dan pemuzik itu sendiri dan memberitahu tentang kewujudkan sesebuah komuniti atau persatuan tersebut seterusnya membesarkan jaringan keseluruh dunia. Melalui komuniti atau persatuan ini agak mudah untuk membuat sesuatu perkara dan bergerak seperti konsert dan sebagainya. 

Pada bulan september 2016 berlangsungnya 1st international Reggae Festival In Malaysia di Tanjung Tualang yang dianjurkan oleh MIRS dengan kerjasama kerajaan negeri dan beberapa NGO. Begitu juga dengan penganjuran Kuala Lumpur Ska Festival yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiat Seni Muzik Ska Malaysia pada bulan May tahun lepas. Ronggeng Sound System juga yang mempromosikan dub/reggae musik dengan membawa masuk Earl Gateshead (trojan records) dan Dan Wiltshire (one love festival UK) pada bulan oktober lalu. dan Langkawi International Island musik yang menampilkan banyak line up reggae.

beberapa band mula meriliskan album, EP dan single antaranya Gerhana SkaCinta, Plague Of Happiness, Johny Came Lately, SharpShooter, DR.Sakti, Rootstalk dan ada beberapa band yang sedang dalam proses merakam dan dapat dilihat banyak- DJ-DJ reggae yang wujudkan antaranya  King I & Easy Babasound, Soundsystem Meeting Kuala Lumpur yang masing-masing meriliskan mixtape.

Tahun 2018 aku dengar ada beberapa perancangan utuk Ska dan Reggae menganjurkan konsert international berskala besar dengan membawa masuk international line up. Bagi peminat musik ska dan reggae ini mereka memerlukan dokongan dari kalian. tanpa kalian mereka tidak mampu akan menganjurkan acara-acara seterusnya kerana modal yang perlu dilaburkan agar kasar, begitu juga dengan band-band yang neriliskan material terbaru, tolong support dan beli itu yang membuat mereka terus bersemangat untuk berkarya. terus maju ya MALAYSIA REGGAE SKA 2018.Neats

Tuesday, 14 February 2017

Bob Marley 72 tahun

Pada 6 Febuari yang lalu, Bob Marley akan berusia 72 tahun. Beliau yang meninggal pada usia 36 tahun akibat kanser. Beliau adalah sosok yang membuka jalan bagi muzik Reggae dikenali diserata dunia. Impak beliau didalam musim reggae sangat besar. Sosok beliau dikagumi Oleh banyak pemuzik, pencinta, peminat Reggae. Setiap tahun dipelbagai negara diseluruh pelusuk dunia peminat beliau akan merayakannya hari kelahirannya.

Bulan Febuari juga, Jamaika merayakannya apa yang disebut 'bulan reggae'.  Sepanjang bulan tersebut pelbagai aktiviti dilakukan yang berkait dengan muzik reggae antaranya persembahan konsert, perbincangan, penganugerahan dan pelbagai lagi.


Sepanjang Bulan Febuari ini juga aku akan cuba untuk membuat review album-album Bob Marley. Mengupas tentang lagu-lagu Dan lirik yang terdapat didalam album2 beliau...

Happy Earth Strong Bob Marley...

Sunday, 21 February 2016

Salamm... Dari duta reggae Indonesia Ras Muhamad

Greetings the Rastaman I sing Salam salam salam 
Greetings to each and everyone Salam salam salam
Anytime you meet or greet anyone 
Whether it Namaste, Assalamualaikum 
Know that Salam means peace unto you Salam salam salam 

Antara bait lagu Salam dalam album terbaru Ras Muhamad yg diriliskan oleh label reggae antaranbangsa Oneness Records yang berpangkalan di Jerman didalam bentuk digital pada tahun lepas yang Memuatkan 16 buah lagu. Berkolabarasi dengan artis reggae internasional seperti Kabaka Pyramid (Jamaika), Naptali (Jamaika), Sara Lugo (Jerman), Uwe Kaa (Jerman) dan beberapa nama lagi. Penyanyi yang berasal dari Indonesia ini bagi saya adalah salah seorang artis reggae dari asia yang berjaya menerebus musik reggaenya ke pasaran internasional, dengan slang patois didalam bahasa english dan bahasa Indonesia semestinya dapat didengar didalam album ini. Lagu Leluhur feat Kinokini dapat kalian dengarkan bunyian Indonesian traditional instrument. Berkolaborasi dengan Kabaka Pyramid didalam lagu Re Education dan Naptali didalam lagu Farmerman. 



Ras Muhamad selayaknya digelar duta musik reggae Indonesia, berjaya meletakkan Indonesia didalam peta reggae dunia yang harus kalian lihat dengar dan rasakan musik reggae dari Indonesia ini, musik beliau berjaya mengenalkan dimata dunia reggae tentang budaya dan kepelbagaian di Indonesia Bila mana ada yang mempersoalkan tentang itu sila semak balik perjalanan seorang musisi reggae ini, Beliau tanpa jemu untuk berkarya dan membesarkan musik reggaenya di Indonesia bahkan ke seantero belahan dunia, Jamaika, Ethiopia, Costa Rica, thailand, Kemboja, Malaysia dan berbagai lagi destinasi telah dilewati untuk memperkenalkan reggae seantero dunia.                            Secara peribadinya bagi penulis karya Ras Muhamad 'salam' adalah antara karya terbaik pada tahun 2015 dan karya-karya terbaru beliau selalu penulis nantikan kerana setiap album yang beliau hasilkan terdapat keterujaan bila mendengarnya. salam... NEAT'S