Saturday 1 December 2012

part 2 'Bob Marley : Dari Catch A Fire ke Legend

Exodus diangkat salah sebuah album terbaik sepanjang zaman oleh pengkritik musik dan majalah Rolling Stones menamakan album Exodus ini antara 500 album terbaik sepanjang zaman dan menduduki tangga 163 pada tahun 2003, manakala majalah Time pula mengangkat album ini album terbaik abad 20. Album ini dikeluarkan pada 3 june 1977, dimana ia dirakamkan di Island studio, London diantara bulan januari hingga april 1977. Bob Marley merakamkan album di London setelah konflik politik yang berlaku di Jamaika yang hampir meragut nyawanya pada 3 disember 1976, album ini juga menggerakkan Bob Marley ke peringkat lebih tinggi dalam berkarya.Cover album ini iaitu tulisan 'Exodus' dicover hadapannya diadaptasi dari bentuk tulisan bahasa  amarik Ethiopia.
Kaya adalah album Bob Marley & Th Wailers yang dirakamkan pada Januari-April tahun 1977 di Island Studio, London yang direleaskan pada 23 Mac 1978. Album in mencapai kedudukan ditangga ke lima di carta U.K. Walaupun begitu album 'Kaya' ini tidak lepas dari kritikan kerana album ini dikatakan begitu lembut, santai dan tenang, baik dari segi lirik dan musik dimana kebanyakkan lagu didalam album ini lebih berkisar tentang cinta dari militan seperti album sebelumnya. Kesemua lagu dalam album ini ditulis dan dihasilkan oleh Bob Marley,mengandungi 10 buah lagi bagi versi original album dan bagi versi remastered yang direleasekan pada 2001 terdapat 1 lagu tambahan iaitu 'Smile Jamaica' (alt.version)
Babylon By Bus adalah album live Bob Marley & the Wailers yang dirakamkan di Pavillon De Paris, konsert yang dirakamkan selama 3 hari iaitu pada 25-27 June 1977. Album ini dikeluaran pada 10 November 1978 yang diproduksi oleh Bob Marley & The Wailers, Chris Blakwell dan Jack Nuber. Seperti cover album Catch A Fire, cover album live 'Babylon By Bus' ini juga mempunyai keistimewaan. Dimana cover album ini tingkap bas pada penutup depan boleh dibuka dan mendedahkan bahagian dalam album ini bagi versi LP, Juga didatangkan dengan 2 LP yang mengandungi 13 buah lagu.Bob Marley – lead vocals, rhythm guitar, Carlton Barrett – drums, Aston "Family Man" Barrett – bass, Tyrone "Organ D" Downie – keyboards, Junior Marvin – lead guitar Alvin "Seeco" Patterson – percussion, Al Anderson – lead guitar, Earl "Wire" Lindo – keyboards, Rita Marley – backing vocals, Marcia Griffiths – backing vocals, Judy Mowatt – backing vocals.

'Black Survival' adalah tajuk asal album 'Survival' ini. tetapi nama album ini telah ditukar kepada 'Survival' sahaja tanpa menggunakan nama 'Black Survival' bagi mengelakkan salah tafsir tajuk dan tema album ini. Album ini menekankan dan mendesak perpaduan sesama negara benua afrika dan pendudukya. Cover album ini, dapat dilihat dimana bendera-bendera negara benua africa disatukan dan juga lagu 'Africa Unite', menunjukkan dimana Bob Marley mengisytiharkan perpaduan Pan-Africa. Album studio yang pertama kalinya dirakam di Tuff Gong Recording Studio, Kingston, Jamaika (studio milik Bob Marley). pada bulan januari-febuari 1978 dan direleaseakan pada 2 oktober 1979, dimana diproduser oleh Bob Marley & The Wailers dan Alex Sadkin.
Merupakan album studio terakhir Bob Marley yang dikeluarkan pada 10 jun 1980, setahun sebelum kematian Bob Marley akibat kanser. Album uprising ini merupakan album Bob Marley dimana hampir setiap lagu dalam uprising ini mengenai kepercayaan beliau tentang gerakan Rastafari. Zion Train', Forever Loving Jah dan lagu-lagu lain yang cenderung tentang kepercayaan beliau. Melalui album ini juga Bob Marley memainkan gitar acoustic secara solo untuk lagu 'Redemption Song'. lirik lagu ini sebahagiannya merupakan ucapan 'Marcus Garvey'.Pada tahun 2010 majalah New Statesman (sebuah majalah British mengenai politik dan budaya) menyenaraikan lagu ini antara 20 buah lagu politikal terbaik. Album ini juga diterima baik di U.K ketika itu tersenarai antara 10 album teratas dengan single 'could you be love menduduki tangga ke 5 di carta single U.K

Confrontation album yang dkeluarkan selepas 2 tahun kematian Bob Marley, iaitu pada 23 may 2012, Lagu didalam album ini merupakan rekod dan single yang direkodkan semasa hayat Bob Marley dimana kebanyakan dibina dari demo beliau. Cover album ini terilhamkan dari tradisi Etiopia Santos George ini, melawan sang naga, juga dapat dibaca dari cerita lagend Ethiopia ini berjudul St. George & The Dragon. Didalam sleeve album ini terdapat lukisan yang terinspirsi dari peperangan Adowa, dimana tentera Ethiopia mengalahakan tentera Italy dalam peperanan tersebut pada tahun 1896. Juga cerita peperangan ini ada diflemkan bertajuk 'Adwa' pada tahun 1999 yang diarahkan oleh Haile Gerima. Album ini berisi 10 buah lagu dimana lagu 'Buffalo Soldier' merupakan lagu hit.
Album legend ini dikeluarkan pada 8 May 1984 dan meupakan album kedua yang dikeluarkan setelah kematian beliau. Album ini diangkat sebagai album reggae terlaris sepanjang zaman dengan jualannya mencecah jutaan salinan diseluruh dunia. Pada tahun 2003 majalah Rolling Stones menyenaraikan album ini ditangga ke 46 bagi 500 album terhebat sepanjang zaman. Pada cover album ini dapat dilihat cincin Lion of Judah pemberian Kaisar Ethiopia, walaubagaimana pun cincin ini dikatakan hilang semasa kematian beliau dan ada mengatakan cincin ini pulang ketempat asalnya.