Sunday 27 January 2013

Reggae Time Line 1945-1972

1945  
- Robert Nesta Marley (Bob Marley) dilahirkan di St. Ann Parish, Jamaika. Anak dari pasangan kapten Norval Marley dan Cedella Malcolm.  Ayah Bob Marley merupakan lelaki kulit putih  Jamaika, manakala ibunya adalah wanita kulit hitam Jamaika.

Late 1940s  
 - Thomas Wong  beliau memulakan sound system yang pertama di Jamaika yang dibei nama Tom The Great Sebastian sound system. Ken Khouri menubuhkan salah  satu studio recording terawal di Jamaika.

Early 1950s 
- MRS Records labels milik Stanley Motta's merakamkan lagu mento dan calypso dari penyanyi Lord Fly, menghasilkan rakaman pertama musik mento dan keluaran domestik komersial pertama di Jamaika.

1954s  
- Coxsone Dodd menubuhkan sound system milik beliau yang diberi nama Downbeat Sound System, dengan Count Machuki sebagai DJ pertama beliau. 

- Ken Khouri pemilik Federal Records adalah orang pertama di Jamaica yang membuat piring hitam  

1958s
- Chris Blackwell mengasaskan Island Records di Jamaika dan mengeluarkan LP pertama- Sebuah album Jazz oleh seorang pemain piano buta iaitu Lance Haywood
- Edward Seada membuka studio WIRL (West Indies Records Limited),

1959/1960
- Single The Folkes Brothers 'Oh Carolina features Count Ossie's Rastafarian drumming group, yang ketara penemuan kebudayaan dan musik pada masa itu.




1960
- Blue Beat Record ditubuhkan di Britain dan begitu sinonim dengan musik ska Jamaika

1962 
- Chris Blackwell menubuhkan Island Redords di United Kingdom dengan pelaburan sebanyak $5,300 ketika itu
- Jamaika mendapat kemerdekaan penuh dari Great Britain, tetapi kekal sebagai ahli komanwel. Alexander Bustamante dari parti JLP menjadi perdana menteri Jamaika yang pertama
- Jimmy Cliff yang berkerja dengan Leslie Kong's pemilik label Beverly's Record, adalah orang yang mencungkil bakat Bob Marley dan Desmond Dekker, menolong merakam, rakaman pertama mereka.
- Peter Tosh dan Junior Braithwaite menyertai Bob Marley dan Neville Livingston (Bunny Wailer), bersama dengan penyanyi latar Beverly Kelso dan Cherry Smith, menubuhkan The Wailers, dibawah jagaan dari Joe Higgs
- Rakaman pertama musik Ska dikeluarkan oleh Studio One house band

1963
- Coxsone Dodd membuka Studio One dibelakang kedai rekod milik keluarganya di Kingston
- Single pertama The Wailer's, 'Simmer Down' dikeluarkan oleh Studio One, mencapai tangga nombor satu di Jamaika.

1964
- Tommy McCook, Roland Alphonso, Lloyd Brevett, Lloyd Knibb, Lester Sterling, Don Drummond, Jerome 'Jah Jerry' Hines, Jackie Mittoo, dan Johny 'Dizzy' Moore menubuhkan band Skatalites di Kingston.
- Millie Small mencapai hit antarabangsa dengan lagu ska-pop 'My Boy Lollipop' nya.
- Ahli Politik Edward Seaga memilih Jimmy Cliff, Byron Lee & The Dragonaries dan lain-lain untuk mewakili muzik Jamaika pada tahun 1964 di World Fair di bandar New York.

1966
- Musik Rocksteady muncul dan mendominasi musik dari Kingston. Iramanya lebih perlahan daripada musik Ska.
- Ethiopia emperor Haile Selassie melawat Jamaika pada 21 April.
- Bob Marley berpindah ke Delaware, Amerika dsn berkerja shift malam di Kilang Chrysler.

1967
- The Paragons mengeluarkan lagu klasik rocksteady 'The Tide is High'.


1968
- Coxsone Dodd melawat United Kingdom dan membawa pulang Ecoplex delay bo,, membuka jalan bagi musik reggae dan dub.

1969
- Lagu Desmond Dekker 'Israelites" mendahului carta pop di U.K (dan mencapai tangga ke 9 di United States). Pertama untuk single reggae.
- Lee 'Scratch' Perry mengeluarkan 'The Upsetter'.    

1970
- Wailers mengeluarkan album 'The Best of the Wailers' .

1971
- Leslie Kong meninggal dunia akibat serang jantung.
- Label the Wailers, Tuff Gong (nama lain bagi Bob Marley) menjadi komersial aktif sepenuhnya.
- Single Dave & Ansel Collins's 'Double Barrel' menduduki carta nombor 1 di United Kingdom.

- The Abyssinians mengeluarkan 'Satta Massa Gana' selepas 2 tahun direkod untuk Coxsone Dodd, yang keliru untuk dikeluarkan.

1972
- Michael Manley dari parti PNP menjadi perdana menteri Jamaika, setelah memenagi pilihanraya.
- Filem reggae 'The Harder They Come' ditayangkan dan menjadi filem kegemaran. Lagu tema filem ini dikeluarkan oleh Island Records.

- The Wailers mendatangani kontrak dengan label Island Records.
- Studio Channel One yang dikendalikan oleh adik beradik Hoo-Kim dibuka.

 
        

Monday 21 January 2013

Mersing Music Festival 2013 (Asean Reggae Sunsplash)


Buat julung-julung kalinya dimana band-band reggae dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand dan Philippines akan berkumpul dan mengadakan persembahan bersama dibawah satu pentas. Festival Musik yang diberi nama 'Mersing Music Festival' a.k.a (Asean Reggae Sunsplash) yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 10-12 Mei. Festival yang akan berkampung selama 3 hari ini akan diadakan di mersing, Johor. Festival ini yang bermula pada 10 Mei, akan membuka tirainya pada sebelah petang yang akan menggabungkan band-band Reggae Rock Blues.Band-Band seperti Public Voice dari Iran, Purple Haze, Candy, Touch Mahal, Sons of Adam, N The Boys mengambil pentas pada hari itu. Manakalah keesokkan harinya 11 Mei, Asean Reggae Sunsplash akan membuka tirainya. Antara band-band yang akan mengegarkan pentas pada hari itu seperti Judge Not (Malaysia), Redemption (Malaysia), Bushmen (Singapore), Nu Reggae Man (Thailand), Jack Pilpil & Peace Pipe (Philippines), Steven & Coconuttreez (Indonesia), Dub Skank'in Hifi (Singapore) Redemption, Sweet Rasta, Coca D Monday, Rootstalk, Rata Syndicate, Slayank (Malaysia) dan beberapa lagi band yang akan diumumkan kelak. Untuk slot Steven & Coconuttreez, penulis tidak dapat memastikan samaada band Steven & Coconuttreez yang akan beraksi di Malaysia atau pun Steven Jam. Kerana buat masa ini apa yang penulis tahu Steven & Coconuttreez sedang berehat panjang dan ahli band masing-masing sibuk dengan projek band masing-masing. Tapi jangan khuatir mahupun Steven & Coconuttreez ataupun Steven Jam kedua-dua nya masih mengusung musik reggae. Pada hari terakhir pula diisi dengan dari musik berbagai genre, acara kebudayaan dan kemungkinan akan ada musik workshop juga Demonstrasi dari Karamjit Motorsport. Juga booth untuk jualan dan booth kebudayaan akan dibuka sepanjang festival ini berlangsung. Untuk sebarang pertanyaan mengenai band, booth atau apa saja mengenai festival ini sila ke myreggaecomm@gmail.com 

Saturday 19 January 2013

Coretan Reggae

Artikel ini ditulis setelah masuk hari yang ke 18 tahun baru masihi. Sebenarnya penulis ingin menulis isu review untuk tahun 2012 sebelum masuk tahun baru masihi, tetapi oleh kerana beberapa masalah, ianya  tertangguh sehinggalah artikel ini anda baca. Jadi review ini akan dipendekkan dan ia sekilas pandang apa yang berlaku sekitar tahun 2012. Ada beberapa perkara yang menarik dan kurang menarik sepanjang tahun 2012 yang berlaku dalam scene reggae di Malaysia, baik dari segi band dan gig. Antaranya kemenangan band Salam di pentas AIM ke 19 bagi anugerah album terbaik. kehadiran beberapa internasional reggae band yang membuat persembahan di Malaysia antaranya Reggae Rajahs (India 1st Reggae Sound System), Million Stylez (swedish dancehall), Job 2 Do (Reggae Thailand), Ras Muhamad (Duta Reggae Indonesia), Tony Q Rastafara (Indonesia) dan beberapa artis lagi. Juga One Love Reggae Festival Kuala Lumpur yang masuk tahun keduanya dengan memanggil band asia sekitarnya.Yang kurangnya pula mungkin  dari segi kuantiti band ska/reggae Malaysia yang mengeluarkan rilisan baru. Mungkin rasa penulis hampir tidak ada band yang mengeluarkan rilisan pada tahun lepas (maaf jika terlepas pandang). Sepanjang tahun lepas 2012, diserata dunia lebih kurang seratus lebih (jka tidak silap) album reggae yang dikeluarkan. Tapi hanya satu album saja yang dipasarkan  di Malaysia iaitu album Sean Paul 'Tomahawk Technique'. begitu sukar untuk mendapatkan rilisan reggae baru dipasaran Malaysia sekarang. Tidak seperti tahun 90an dimana penulis mudah untuk mendapatkan rilisan album-album baru ketika itu di kedai-kedai yang menjual kaset dan CD. Album penyanyi seperti Garnet Silk, Ini Kamoze, Capleton, Aswad, Big Moutain, Steel Pulse, Shabba Ranks dan beberapa lagi begitu mudah didapati. Hari ini jika kita singgah ke kedai musik seperti Rock Corner, Victoria Music, Speedy Music kita mungkin akan ditunjukkan dengan koleksi-koleksi Bob Marley, Peter Tosh, UB40 dan  kompilasi reggae dan The Best Of saja. Begitu halnya juga dengan peminat yang hadir ke acara atau gig yang melibatkan ska atau reggae, sambutannya mereka yang hadir begitu mengecewakan. Ini kerana ia berdasarkan pemehatian penulis sepanjang menghadiri acara dan gig ska/reggae ini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan internasional artis dan band. Bila gig yang dianjurkan tidak ramai yang hadir organiser terpaksa menanggung kos untuk membawa mereka bermain di Malaysia. Faham-faham sahajalah.   
<br /><br />
Ok tutup buku tahun 2012, ini buku baru tahun 2013. Penulis sebenarnya masih mengharapkan sesuatu yang BOOMM... lebih banyak band reggae yang mengeluarkan rilisan-rilisan baru, lebih banyak internasional reggae band yang singgah ke Malaysia, dan acara-acara reggae festival. Ada beberapa good news yang didengar antaranya 'Asean Reggae Sunsplash' yang akan diadakan di Mersing, Johor pada bulan Mei. Oh ya band Salam yang baru mengeluarkan album terbaru 'O'. Progres yang semakin membesar untuk band ini dan review yang baik diakbar arus perdana tentang album ini. Negara-negara jiran yang semakin membesar acara dan bandnya. legenda reggae dari Jamaica akan perform di negara jiran kita pada 2013 ini Singapura dan Indonesia. begitu juga band ska dari matahari terbit 'Tokyo Ska Paradise Orchestra' sekali lagi akan bermain di Singapura. Melabur lagi duit untuk menonton Jimmy Cliff di Singapura untuk tiket standart yang berharga lebih kurang S$ 165 lebih kurang RM4xx dan tiket Tokyo Ska Paradise Orchestra yang berharga lebih kurang S$ 40 paling murah sekitar RM 1xx. Ok sedikit coretan reggae kali ni.


Wednesday 16 January 2013