Monday 1 February 2021

Lagenda Reggae Dennis Brown

Kalau ditanya tentang Dennis Brown kepada pemuzik reggae di Malaysia, nama ni mungkin tidak ada dalam senarai influence mereka. Walaupun beliau adalah Reggae Superstar dan meninggalkan legasi yang besar dalam muzik reggae. Tidak seperti Bob Marley yang rata-rata pemuzik di Malaysia ini jika ditanya siapa influence reggae mereka, nama Bob Marley adalah nama wajib yang harus ada. 

King Of Reggae, Bob Marley ada mengatakan Dennis Brown adalah penyanyi reggae terbaik didunia dan merupakan penyanyi reggae kegemaran beliau dan Bob Marley sendiri memberi gelaran The Crown Prince Of Reggae kepada Dennis Brown.  Beliau menjadi inspirasi dan pengaruh bagi kebanyakkan penyanyi reggae antaranya Barrington Levy, Maxi Priest, Ali Campbell (UB40), Shaggy, Junior Reid, Frankie Paul, Luciano, Bushman dan banyak lagi. 


Nama Sebenar beliau Adalah Dennis Emmanuel Brown, lahir pada 1 Februari 1957 di Kingston Jamaica. Beliau mula bernyanyi pada usia yang muda, semuda usianya 9 tahun. Lebih dari 3 dekad berkarier dengan mengusung muzik reggae dan antara bintang besar didalam muzik Loverock (salah satu cabang dari muzik reggae) dengan menghasilkan lebih dari 70 buah album dengan 37 rekod label yang berlainan. Dennis Brown ni ada yang mengatakan lebih popular di Jamaika berbanding Bob Marley. 

Pada penghujung tahun 1990'an, beliau telah dikesan mempunyai penyakit Pneumonia, dan kesihatan beliau mula menurun ditambah pula dengan kesan penggunaan dadah kokain. Pada 30 Jun 1999 beliau telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kingston, Jamaika dan pada keesokkan harinya iaitu  1 Julai 1999, Dennis Brown telah pun meninggal dunia, menurut laporan perubatan rasmi, kematian beliau adalah disebabkan Collapse Lung.  

Lagu-lagu seperti No Man Is An Island, Money In My Pocket, Love Has Found It Way,Senorita dan ratusan lagu-lagu beliau akan terus berkumandang diserata dunia dan pada hari ini 1 Febuari peminat reggae merayakan birthday nya. Happy Birthday Dennis Brown...





No comments:

Post a Comment