Sunday 31 March 2019

Ras Muhammad Live In Malaysia

Perkhabaran tentang kedatangan Ras Muhammad (duta reggae Indonesia) ke Malaysia bukanlah khabar angin bagi peminat-peminat reggae di Malaysia. Soundsystem Meeting KL dengan dengan bangganya akan membawakan Ras Muhammad untuk satu malam ekslusif konsert beliau di Kuala Lumpur bertempat  di Live Fact KL pada hari jumaat 12/4/2019 jam 8 malam.



Apa yang diberitahu oleh pihak penganjur tadi, tiket untuk menyaksikan konsert telah pun habis dijual, kerana hanya 250 keping tiket sahaja yang dijual... 

Adalah satu kerugian bagi mereka peminat reggae terlepas menyaksikan persembahan duta reggae ini secara lebih dekat.

Ras Muhammad bukan sahaja layak digelar duta reggae Indonesia tetapi layak juga digelar sebagai duta reggae asia kerana beliau membawa dan memperkenalkan jenama reggae asia didalam peta reggae diseluruh dunia. 

Terima Kasih kepada pihak penganjur kerana membawa Ras Muhammad ke Malaysia.