Friday 22 November 2013

Penggerak Scene Reggae Malaysia

30 November 2013 ini akan berlangsungnya 1st Annual gathering Malaysian Reggae Community (MRC) yang bertujuan untuk merapatkan dan mengembangkan lagi scene reggae di Malaysia. Komuniti yang dibuat 2 tahun lepas ini dilihat semakin positif dan berkembang pergerakkannya. Beberapa acara sudah dirancang semasa gathering  nanti seperti pendaftaran kad ahli komuniti yang dikenakan bayaran sebanyak RM30 (dengan beberapa kemudahan diskaun daripada outlet terpilih) yang akan diumumkan nanti. Selain itu, persembahan dari band-band reggae seperti Retired Stones, Rosewood, Rasta Syndicaye dan SharpShooter. Terdapat juga  merchandise dan art reggae yang akan dijual disana nanti.


MRC juga turut merancang beberapa perancangan lain antaranya yang akan menyusul kemudian adalah Reggae FM dimana akan beroperasi 24jam yang akan memutarkan lagu-lagu reggae semestinya. Operasinya yang akan mula bersiaran pada bulan Disember nanti juga akan diumumkan juga kelak bila waktu penyiarannya, sementara itu boleh layari blog  mereka di http://myreggaeradio.blogspot.com/ 

Mereka perlu support dari kalian khususnya band-band reggae dan peminat-peminat reggae, untuk sama-sama memeriahkan komuniti reggae ini. Agar ia berkembang besar, mungkin juga dengan support dari kalian semua, scene reggae akan lebih meriah.

BIG UP untuk Malaysian Reggae Community, Semoga maju terus... Bless 'Neats Jr'

No comments:

Post a Comment