Monday 25 November 2013

Korean Reggae 'Skull & Haha' Live diKuala Lumpur

2-3 tahun kebelakangan ini industri musik Malaysia dilanda demam K-Pop, Ada saja artis-artis dari korea yang datang untuk persembahan live mereka disini. Persembahan mereka yang mendapat sambutan hangat peminat di Malaysia, kebanyakkan tiket yang terjual habis dalam masa yang terdekat. Mendorong banyak penganjur menjemput mereka melakukan persembahan disini.

Bila kedatangan Duo Reggae korea Skull & Haha ini akan melakukan persembahan live pertama mereka di Malaysia, penulis rasa macam tidak percaya saat mendapat perkhabaran tentang persembahan mereka disini, Berbagai-bagai soalan menerjah masuk kepala. Untuk mereka yang sinonim dengan nama dan lagu popular mereka Busan Vacance rasanya tahu bahawa mereka bukanlah duo K-Pop tetapi mereka menbawa aliran genre musik reggae dimana adunan unik korean reggae dengan slang patois jamaica beserta persembahan bertenaga mereka diatas pentas menjadikan mereka dilihat begitu dinamik.



Skull & Haha mula berkolaborasi melalui lagu hit mereka Busan Vacance pada tahun lepas dimana lagu ini telah menaikkan nama mereka kepersada antarabangsa dan tahun ini sekali lagi melalui lagu ragga muffin, cukup untuk meletakkan mereka sebagai Duo reggae yang popular di Korea. 

Bagi mereka terutamanya peminat reggae tidak harus melepaskan peluang ini, melihat Top Duo Korean Reggae ini beraksi diatas pentas. Tiket-tiket sudah mula dijual. (sila lihat flyers diatas untuk tarikh, masa, tempat dan tiket) Tepuk dada tanya selera... Big Up & Respect kepada organiser showcase ini...Peace & Love...

Neat's Jr...



No comments:

Post a Comment