Sunday 28 October 2012

Scene Reggae Malaysia Kemana?

Penulis rasa sangat cemburu bila melihat perkembangan scene reggae/ska negara-negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia mahupun Singapura.Rasa cemburu ini lagi membuak-buak bila melihat Australia mahupun Jepun, kerana apa? kerana negara-negara seperti Jepun dan Australia merupakan antara negara disebelah asia yang akan menjadi destinasi persinggahan artis dan band reggae internasional untuk singgah melakukan tour disebelah asia. Thailand, Indonesia mahupun Singapore pula jika dilihat 2-3 tahun kebelakangan ini begitu aktif menjemput artis dan band reggae/ska dari luar nagara meriahkan festival mereka. Kemampuan mereka menganjurkan acara-acara reggae yang bertaraf baca (internasional) patut kita cemburui. Singapura contohnya, adalah antara negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang kurang dan negara  mereka yang kecil, jika hendak dibandingkan dengan Malaysia, band reggae/ska mereka pun boleh dikira dengan jari saja, tetapi mereka masih mampu untuk menganjurkan festival reggae-ska. yang berskala besar, Anda percaya atau tidak? kebanyakkan festival yang dianjurkan oleh penganjur Singapore kebanyakkan orang yang pergi menontonnya adalah rakyat Malaysia. Toots & The Maytals, The Specials, Skatalites, Tokyo Ska Paradise adalah beberapa nama besar yang pernah beraksi di Singapore.Pai Reggae Festival adalah sebuah acara tahunan festival ska/reggae terbesar dinegara Thailand, ia mula dianjurkan pada tahun 2005 (kalau tak silap) dan sudah pun memasuki edisi ke 7 penganjurannya,  Jika dilihat saban tahun pengajuran Pai Reggae festival ini semakin tahun dilihat semakin membesar dan rancak. Selain itu beberapa festival ska/reggae besar yang lain juga pernah dianjurkan di Thailand.Nama-nama seperti Inner Circle, Big Mountain, Ky-Mani Marley, Easy All-Stars, Ska Cubano dan beberapa lagi nama besar yang pernah berlabur untuk singgah di Thailand bukan untuk berlibur yea tetapi untuk menghibur yea. Indonesia tidak kurang hebat juga, pada tahun lepas mereka sukses menganjurkan internasional reggae fest dengan headline nya Big Mountain. The Toaster juga tahun ni bermain di Indonesia.

Malaysia kapan??? Mungkin ada sedikit kenangan untuk diceritakan pada anak cucu, kerana pada tahun lepas The Wailers datang menghiburkan peminatnya di Malaysia. Kedatangan The Wailers adalah atas nama duta untuk mempromosi Hardrock cafe jika tidak jangan bermimpi untuk melihat mereka beraksi Malaysia. Sebenarnya kita sudah jauh ketinggalan dari segi penganjuran reggae/ska festival ini jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran kita. DiMalaysia pun sebenarnya mereka yang mendengar  dan betul-betul mendokong musik ska/reggae ini  skalanya kecil jika hendak dibandingkan dengan scene Metal dan Jazz negara kita. Cuba kalian pandang ke arah scene Metal, Komuniti mereka begitu kuat dan ampuh walaupun suatu ketika dulu pernah mengalami zaman kejatuhan dimana ketika itu setiap gig yang melibatkan scene metal diharamkan, tetapi mereka bangkit dan mampu berdiri. Penganjur-penganjur luar pun sudah mula membuat duit dengan scene metal. Soulfly amtara nama yang cukup besar dibawa masuk oleh penganjur luar tersebut, kerana apa? kerana komuniti metal di Malaysia semakin membesar. Iya scene metal Malaysia sedang mengalami gelombang tsunami.  Gelombang peralihan. Penulis sebenarnya sangat berharap untuk melihat scene/komuniti ini berkembang bukan hanya dari segi penganjuran festival, tetapi juga dari segi kualiti dan kuantiti band reggae ini. Untuk merealisasikan benda-benda ini memerlukan sokongan dari ANDA semua, yes anda Malaysian Reggae Army  (peminat/pendokong).

Ini adalah pandangan penulis, jika anda ada sebarang komen, atau pandangan ayuh kita berkongsi di facebook saya Neat's Jr


2 comments:

  1. halo brader salam dari indonesia.
    menarik banget artikelnya :D
    mungkin justru kita (reggae indonesia) yang agak iri sama malaysia/thailand/singapura/filipina, indonesia sendiri sangat jarang sekali disinggahi artis2 reggae dunia, kalaupun ada mungkin dapat dihitung dengan jari :D
    padahal reggae di indonesia sudah sangat mainstraem, bayangkan disetiap kota di indonesia mungkin punya 5-6 Band reggae..
    masalahnya kebanyakan cuma maen asal "ncet2" ga mau tahu sejarah :D

    btw Million Stylez mau tour di malaysia ya asik tuh :D

    irie..

    ReplyDelete
  2. semoga semangat reggae penulis berterusan! cheers!

    ReplyDelete