Sunday 9 September 2012

Shajiry & bohsia reggae


Shajiry Damery merupakan seorang penyanyi dan juga seorang pelakon. Pada tahun 1994 beliau menghasilkan album berjudul 'bohsia reggae' yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Pony Canyon. Shajiry bukanlah seorang penyanyi yang memperjuangkan muzik reggae di Malaysia, tetapi melalui album itu beliau memainkan lagu-lagu yang berentak reggae. Sebanyak 10 buah lagu dimuatkan didalam album ini, hanya terdapat sebuah lagu original iaitu 'orang kita', dimana lagu dan lirik ditulis oleh Azmira.Walaupun hampir kesemua lagu-lagu ini merupakan lagu sanduran dan hanya diubah lirik lagu daripada band dan penyanyi luar seperti band Inner Circle, Big Mountain, Jalil Hamid tetapi lagu 'orang kita' yang mendapat tempat dihati peminat ketika itu. Tajuk untuk album ini mungkin membuat orang tertanya-tanya apa kena mengena bohsia dengan reggae.Ok pada awal tahun 90an, Malaysia dikejutkan dengan satu bentuk sosial yang melibatkan perempuan yang dipanggil 'bohsia' merujuk kepada gelaran bagi remaja perempuan yang suka berfoya-foya, berpeleseran dan melakukan maksiat (Poe juga ada membuat sebuah lagu bertajuk 'bohsia' didalam album 'buat balik') dan reggae itu sendiri merujuk kepada genre muzik didalam album ini. Ini mungkin juga merupakan salah satu strategi syarikat rakaman untuk memasarkan album. Antara lagu yang terkandung dalam album ini adalah : 1.Bohsia 2.Oh! Kasih 3.Orang Kita 4.Engkau 5.Yang Penting Happy 6.Ayam 7.Hanya Dikau 8.Arah Desa 9.Dail 10.Darsawarsa. Selain dari Bob Marley, Inner Circle adalah antara reggae band internasional yang kerap menjadi rujukan dan sering lagu-lagu dari band ini disadurkan oleh band atau penyanyi reggae era 90an. Contohnya lagu 'bohsia' dan 'darsawarsa' dari Shajiry yang disadur dari lagu 'Bad Boys' dan 'Rock With You' oleh Inner Circle. Poe juga memilih Inner Circle untuk lagu 'saman' yang disadur dari lagu 'sweet (alalalala long)'. Shajiry dan album ini adalah antara koleksi yang pernah mewarnai muzik reggae di Malaysia walaupun satu album sahaja iaitu album ini.

No comments:

Post a Comment