The Aggrobeats adalah salah sebuah band reggae diMalaysia yang dibentuk pada tahun 2006, Band ini mengabungkan musik funk, soul dengan early reggae. Early reggae juga dikenali sebagai skinhead reggae. ia wujud selepas era musik rocksteady sebelum pergerakkan rastafarian yang kemudiannya mewujudkan 'roots reggae'. Di U.K ketika itu masyarakat merasakan musik reggae (ska & rocksteady) begitu membosankan tapi sebaliknya Skinhead merujuk kepada satu subculture di U.K yang merupakan golongan working class mendengar musik reggae dan mempopularkan musik itu di U.K. Bagi menghargai golongan skinhead banyak pemuzik jamaika mendedikasikan lagu untuk mereka seperti Laurel Aitken, Symarip, Desmond Dekker, Joe The Boss dan banyak lagi. Berbalik kepada genre musik The Aggrobeats ada juga yang mengklasifikasikan musik ini sebagai 'dirty reggae' merujuk kepada album pertama The Aggrolites 'dirty reggae' yang diterbitkan pada tahun 2003. Ada juga yang memanggilnya 'boss reggae'. Pengaruh utama band ini adalah The Aggrolites, sebuah band yang berasal dari california. Pengaruh-pengaruh lain seperti James Brown, The Meters, Joe The Boss dan band-band awal skinhead reggae. Gig pertama The Aggrobeats adalah semasa band The Brandals (Indonesia rock & roll band) melakukan tour di Kuala Lumpur. Selepas beberapa bulan selepas itu mereka mengeluarkan demo 'The Good The Bad & The Reggae' secara DIY. Melalui demo tersebut sebuah label dari jerman Copasetic/Scorcha mengedarkan 7' inci rekod. The Aggrobeats juga terlibat dengan beberapa kompilasi album antarabangsa dari Jerman dan Japan. Pada awal kemunculan Band ini dianggotai oleh Edy J Herwan (voc & gitar), Sood (gitar), Bakri (drum), Amir Hamzah (bass) dan Ed (kibod). Kemudian Bakri, Amir Hamzah dan Ed keluar dari band kerana tidak dapat memberi komitmen kepada band dan hanya tinggal Edy J Herwan dan Sood meneruskan band ini dan menjemput pemuzik undangan untuk posisi dram, gitar bass dan kibod.
Wednesday, 19 September 2012
Monday, 10 September 2012
Gerhana Skacinta ridim
In the late '90s, while the third-wave ska bred new faces & categories like ska punk & ska core: Gerhana Skacinta(GSC) stayed on the traditional path, remaining faithful to a kind of rootsy purity. This purity wasn't based on snottiness or exclusivity, everyone by all means is invited to GSC party based on determination that some music is timeless.
GSC was formed by Edy J Herwan. The name Gerhana Skacinta was a spontaneous idea by Edy who was hardly thinking of the name for his ska band.The idea was to have a classic name for the band.The first gig the band played at was 'Ska Clinic'. In early 2001, Mr Tang (Clocrkwork Records boss) offered GSC to record for compilation album entitled 'Tribute to Sweet Charity'(Singapore/Malaysian pioneer of rock band) they covered the song 'Jangan Tunggu Lama-Lama', it was a big hit & received a lot of radio airplay.
In march 2002, GSC signed up with Clockwork Records ready to record their first EP consisted of 5 tracks, album entitled 'Skali skale'. In late 2002 GSC came out with their full length album 'Boss Sounds' consisted of 11 tracks. GSC continue recording their studio album entitled 'The New Authentic' consisting of 13 tracks, with this album GSC become the favourite hot band and they song 'Senyuman Raga Mu' feat Radhi 'OAG' was a big hit & received Lot of radio play. The succesful the album, their release 'The Re-New Authentic (repackaged album) is consist of 3 bonus track 'Karisma Cinta', 'Senyuman Ragamu acoustic version' & 'Ku Tunggu Mu Di Sungai Babylon' with 3 track minus one of 'Senyuman Ragamu', 'Terpesona' and 'Asmara'. their also release the live album entitle 'Live 'N' Lod In Singapore' recorded live at 'Rastafari Reggae Splash' Siloso Beach Sentosa, Singapore on 31st July 2004. GSC back to studio for record their next album entitled 'This Is Ska'. This album release 2006 with 12 tracks.
Sunday, 9 September 2012
Shajiry & bohsia reggae
Shajiry Damery merupakan seorang penyanyi dan juga seorang pelakon. Pada tahun 1994 beliau menghasilkan album berjudul 'bohsia reggae' yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Pony Canyon. Shajiry bukanlah seorang penyanyi yang memperjuangkan muzik reggae di Malaysia, tetapi melalui album itu beliau memainkan lagu-lagu yang berentak reggae. Sebanyak 10 buah lagu dimuatkan didalam album ini, hanya terdapat sebuah lagu original iaitu 'orang kita', dimana lagu dan lirik ditulis oleh Azmira.Walaupun hampir kesemua lagu-lagu ini merupakan lagu sanduran dan hanya diubah lirik lagu daripada band dan penyanyi luar seperti band Inner Circle, Big Mountain, Jalil Hamid tetapi lagu 'orang kita' yang mendapat tempat dihati peminat ketika itu. Tajuk untuk album ini mungkin membuat orang tertanya-tanya apa kena mengena bohsia dengan reggae.Ok pada awal tahun 90an, Malaysia dikejutkan dengan satu bentuk sosial yang melibatkan perempuan yang dipanggil 'bohsia' merujuk kepada gelaran bagi remaja perempuan yang suka berfoya-foya, berpeleseran dan melakukan maksiat (Poe juga ada membuat sebuah lagu bertajuk 'bohsia' didalam album 'buat balik') dan reggae itu sendiri merujuk kepada genre muzik didalam album ini. Ini mungkin juga merupakan salah satu strategi syarikat rakaman untuk memasarkan album. Antara lagu yang terkandung dalam album ini adalah : 1.Bohsia 2.Oh! Kasih 3.Orang Kita 4.Engkau 5.Yang Penting Happy 6.Ayam 7.Hanya Dikau 8.Arah Desa 9.Dail 10.Darsawarsa. Selain dari Bob Marley, Inner Circle adalah antara reggae band internasional yang kerap menjadi rujukan dan sering lagu-lagu dari band ini disadurkan oleh band atau penyanyi reggae era 90an. Contohnya lagu 'bohsia' dan 'darsawarsa' dari Shajiry yang disadur dari lagu 'Bad Boys' dan 'Rock With You' oleh Inner Circle. Poe juga memilih Inner Circle untuk lagu 'saman' yang disadur dari lagu 'sweet (alalalala long)'. Shajiry dan album ini adalah antara koleksi yang pernah mewarnai muzik reggae di Malaysia walaupun satu album sahaja iaitu album ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)