Wednesday 2 May 2012

Retired Stoner


Kumpulan ini ditubuhkan hanya kerana cinta pada musik. Terdiri dari beberapa pemusik dan penyanyi veteran, Poe yang memang terkenal dengan membawa musik Reggae dari awal tahun lapan puluhan lagi.

Beliau telah mengadakan banyak persembahan konsert antaranya Konsert Bergerak Lucky Strike, Konsert ziarah seni bersama ramli sarip dan banyak lagi selain membuat persembahan di Kelab kelab dan Hotel di seluruh negara. Beliau telah melahirkan lebih spuluh album sepanjang kariernya dan ada bunyi bunyi nak rakam lagi.
Julian Mokhtar memang tidak asing bagi peminat peminat Blues tanahair. Salah seorang dari anggota Kumpulan Blues Gang, Julian sebenarnya mempunyai jiwa Reggae yang sangat mendalam. Julian dan Poe memang pernah berganding sebelum ini.
Sam Sarip mula bermain musik sejak beliau di ITM sehinggalah beliau melanjut kan pelajaran di Amerika Syarikat. Di U.S. beliau sempat juga bermain di kelab kelab malam. Sam penah mengikuti Konsert Ziarah seni bersama Poe.
Adeq Amjah adalah bekas Pengurus Kumpulan Headwind. Sebelum itu beliau adalah pemain Bass Guitar dalam sebuah Kumpulan pada tahun 70an. Kembali bermain musik (sekarang Keyboard) atas desakan Poe.Beliau telah hampir 13 tahun bermain musik bersama Poe. 
Nuwa Jamil
anggota terbaru dalam set ini.

Mempunyai
pengalaman lebih 15 tahun dibidang beliau.
Nuwa sangat versetile... Beliau akan bermain
musik Ghazal dan Keroncong apabila tenaga
beliau diperlukan.
Jika dapat peluang dan tahu di mana mereka ini
membuat persembahan... jangan ketinggalan....
Rugiiiiiiii... kalau tak tengok!
Mereka mereka
yang pernah bermain bersama
Retired Stoner:
Zulkif (Headwind), Man Senoi & Chedet.




No comments:

Post a Comment