Thursday 21 March 2013

Komuniti bagi pemusik reggae

Apa itu komuniti dan kenapa wujudnya blog Malaysian Reggae Community ini? komuniti atau satu bentuk jaringan kumpulan yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat. Komuniti ini tidak akan wujud jika tidak adanya sokongan dari kalian dan ianya bukan dibentuk oleh satu orang sahaja.dengan adanya komuniti ini ruang diskusi, forum perbincangan dan artikel serta bahan rujukan dapat disampaikan dan dikongsi bersama. 

Ini topik yang sebenarnya hendak dibincangkan dan diangkat oleh penulis untuk artikel kali ini. Ini kerana penulis merasakan Malaysian Reggae Community seperti bukan satu bentuk komuniti. Maaf artikel ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi lebih kepada bentuk kesedaran. Di Malaysia memang benar scene reggae ini tidak besar malah kelompok peminat yang benar-benar meminati musik reggae ini kecil bilangannya. begitu juga dengan pemuzik reggae. Lantaran atas faktor itu pentingnya membentuk sebuah komuniti reggae ini untuk mendukung antara satu sama lain dan sentiasa berhubung, berbincang dan sebagainya. Bilamana Ras Muhamad Duta Reggae Indonesia mengatakan bahawa 2-3 tahun lagi musik reggae akan hidup subur di Indonesia penulis tidak terkejut ini kerana mereka mempunyai komuniti reggae yang cukup besar, hampir disetiap daerahnya mempunyai komuniti reggae sendiri, malah ada antara komuniti ini yang mengelola acara reggaenya dan mendokong pemusik-pemusik reggae itu. malah di salah satu stesen radio disana mempunyai siaran 'Jamaican Sounds' yang dikelolah oleh Ras Muhamad sendiri khusus untuk musik ska, rocksteady dan reggae. Mungkin sudah banyak kali penulis menekankan tentang jurang antara scene reggae kita dengan negara tetangga kita. tapi itulah kenyataannya. 

Sebenarnya banyak faedah yang boleh dibikin melalui komuniti ini, pemusik-pemusik reggae diluar sana apa salahnya duduk lepak-lepak kedai mamak berkumpul sambil berbincang tentang scene reggae ini. Contohnya jika ada 2-3 band reggae/ska yang mahu mengeluarkan rilisan baik demo, ep atau album duduk berbincang bikin tour bersama. jelajah 5-6 tempat, disamping itu menjual rilisan terbaru anda disetiap tour  cara ini lebih baik mungkin. Ini sebagai cadangan. tepuk dada tanya selera bro.


1 comment: