The Wailers adalah nama yang cukup besar didalam peta musik reggae. The Wailers itu sendiri tidak akan wujud tanpa adanya Bob Marley, Peter Tosh dan Bunny Wailer . Walaupun selepas Peter dan Bunny keluar untuk membawa haluan sendiri, Bob Marley masih lagi mengekalkan kumpulan The Wailers dengan mengrekrut I-Three (Rita Marley, Marcia Griffith, Judy Mowatt)...
Selepas kematian Bob Marley pada tahun 1981, The Wailers diteruskan dengan diketuai oleh Aston 'Family man' Barret dan Junior Marvin... Meneruskan rakaman dengan kolaborasi beberapa artis antaranya Joe Yamanaka, Alpha Blondy dan beberapa artis lain... Pada tahun 1987 pula pemain dram mereka Calton Barret pula meninggal dunia akibat dibunuh.
Pada tahun 1989 barulah mereka meriliskan Album studio mereka yang Pertama berjudul I.D... Selepas itu album Majestic Warriors (1991) dan JAH message (1994) walaubagaimanapun ketiga-tiga album ini tidak memberi impak yang besar kepada The Wailers. Pada 2008 pula Al Anderson dan Junior Marvin menubuhkan kumpulan The Original Wailers.
Tidak seperti Inner Circle, band yang diasaskan oleh Ian dan Roger Lewis ini, selepas kematian penyanyinya Jacob Miller pada thin 1980, Inner Circle bangun pada tahun 1986 dan telah berjaya menjenamakan semula nama Inner Circle itu sendiri tanpa bayang2 Jacob Miller... Lagu2 seperti Bad Boys dan Sweet (A La La La La Long) menjadi hit seluruh dunia ketika itu...
The Wailers itu sendiri tidak dapat lari dari bayang2 Bob Marley kerana The Wailers itu adalah Bob Marley...