Saturday, 30 March 2013
Thursday, 21 March 2013
Komuniti bagi pemusik reggae
Apa itu komuniti dan kenapa wujudnya blog Malaysian Reggae Community ini? komuniti atau satu bentuk jaringan kumpulan yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat. Komuniti ini tidak akan wujud jika tidak adanya sokongan dari kalian dan ianya bukan dibentuk oleh satu orang sahaja.dengan adanya komuniti ini ruang diskusi, forum perbincangan dan artikel serta bahan rujukan dapat disampaikan dan dikongsi bersama.
Ini topik yang sebenarnya hendak dibincangkan dan diangkat oleh penulis untuk artikel kali ini. Ini kerana penulis merasakan Malaysian Reggae Community seperti bukan satu bentuk komuniti. Maaf artikel ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi lebih kepada bentuk kesedaran. Di Malaysia memang benar scene reggae ini tidak besar malah kelompok peminat yang benar-benar meminati musik reggae ini kecil bilangannya. begitu juga dengan pemuzik reggae. Lantaran atas faktor itu pentingnya membentuk sebuah komuniti reggae ini untuk mendukung antara satu sama lain dan sentiasa berhubung, berbincang dan sebagainya. Bilamana Ras Muhamad Duta Reggae Indonesia mengatakan bahawa 2-3 tahun lagi musik reggae akan hidup subur di Indonesia penulis tidak terkejut ini kerana mereka mempunyai komuniti reggae yang cukup besar, hampir disetiap daerahnya mempunyai komuniti reggae sendiri, malah ada antara komuniti ini yang mengelola acara reggaenya dan mendokong pemusik-pemusik reggae itu. malah di salah satu stesen radio disana mempunyai siaran 'Jamaican Sounds' yang dikelolah oleh Ras Muhamad sendiri khusus untuk musik ska, rocksteady dan reggae. Mungkin sudah banyak kali penulis menekankan tentang jurang antara scene reggae kita dengan negara tetangga kita. tapi itulah kenyataannya.
Sebenarnya banyak faedah yang boleh dibikin melalui komuniti ini, pemusik-pemusik reggae diluar sana apa salahnya duduk lepak-lepak kedai mamak berkumpul sambil berbincang tentang scene reggae ini. Contohnya jika ada 2-3 band reggae/ska yang mahu mengeluarkan rilisan baik demo, ep atau album duduk berbincang bikin tour bersama. jelajah 5-6 tempat, disamping itu menjual rilisan terbaru anda disetiap tour cara ini lebih baik mungkin. Ini sebagai cadangan. tepuk dada tanya selera bro.
Wednesday, 13 March 2013
Salammusik
Salammusik satu nama yang agak baru dalam industri arus perdana di Malaysia, tetapi berjaya menerebus pasaran dan telinga pendengar dikhalayak ramai melalui musik reggae mereka. Apatah lagi bila kumpulan ini memenangi anugerah 'album terbaik 2012' di Anugerah Industri Muzik (AIM). Kemenangan Salammusik menjadi topi hangat dan cerita dikedai kopi yang sebelum itu mereka berjaya mencipta fenomena dengan lagu 'cerita kedai kopi' bersama DJ Fuzz dan Malique, dimana lagu ini berjaya menerima anugerah lagu hip hop terbaik di AIM yang ke 17.
Pengiktirafan dari AIM melalui album terbaik 2012 secara tidak langsung memperkenalkan band Salammusik dan jenama musik reggae itu sendiri. Penulis melihat perkembangan band ini semenjak 4-5 tahun lepas, melalui demo yang mengandungi cover lagu-lagu Bob Marley dan track-track awal salammusik kemudian mula membesar dengan single 'cerita kedai kopi'. Demo Salammusik yang diterima penulis dari seorang kawan yang begitu teruja dengan musik reggae Salammusik, sedikit demi sedikit single 'cerita kedai kopi' mula menarik minat pendengar radio arus perdana. Kombinasi dan ramuan yang berjaya melalui campuran reggae dan hip hop. kemudian diteruskan melalui lagu 'Alamak' feat dengan Altimet dan lagu 'Bangkit'.
Keterbukaan station radio memainkan lagu-lagu anak tempatan dan kebangkitan arus pendengar baru iaitu disasarkan kepada golongan arus perdana memberi nafas karya-karya salammusik didengari oleh mereka. kekuatan lagu dan lirik Salammusik itu sendiri mempunyai tarikkan. Dari pentas-pentas kecil di gig-gig sehingga ke pentas-pentas besar mereka beraksi menyebarkan pesanan-pesanan lewat lirik mereka. Lagu-lagu mereka bukan sekadar untuk didengar tetapi difikir dan dihayati baitnya. kata Salammusik ' keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak'
Dua buah album telah dihasilkan iaitu 'Salammusik' yang diterbitkan pada tahun 2011 dan 'O' yang baru sahaja dikeluarkan pada awal tahun ini. Dua buah album ini yang mendapat respon positif dari pihak media eletronik dan cetak. Untuk Salammusik 'Play Some Reggae Musik' Yooo... Bless

Subscribe to:
Posts (Atom)