Sunday, 29 December 2013
Wednesday, 27 November 2013
Tuesday, 26 November 2013
Monday, 25 November 2013
Korean Reggae 'Skull & Haha' Live diKuala Lumpur
2-3 tahun kebelakangan ini industri musik Malaysia dilanda demam K-Pop, Ada saja artis-artis dari korea yang datang untuk persembahan live mereka disini. Persembahan mereka yang mendapat sambutan hangat peminat di Malaysia, kebanyakkan tiket yang terjual habis dalam masa yang terdekat. Mendorong banyak penganjur menjemput mereka melakukan persembahan disini.
Bila kedatangan Duo Reggae korea Skull & Haha ini akan melakukan persembahan live pertama mereka di Malaysia, penulis rasa macam tidak percaya saat mendapat perkhabaran tentang persembahan mereka disini, Berbagai-bagai soalan menerjah masuk kepala. Untuk mereka yang sinonim dengan nama dan lagu popular mereka Busan Vacance rasanya tahu bahawa mereka bukanlah duo K-Pop tetapi mereka menbawa aliran genre musik reggae dimana adunan unik korean reggae dengan slang patois jamaica beserta persembahan bertenaga mereka diatas pentas menjadikan mereka dilihat begitu dinamik.
Skull & Haha mula berkolaborasi melalui lagu hit mereka Busan Vacance pada tahun lepas dimana lagu ini telah menaikkan nama mereka kepersada antarabangsa dan tahun ini sekali lagi melalui lagu ragga muffin, cukup untuk meletakkan mereka sebagai Duo reggae yang popular di Korea.
Bagi mereka terutamanya peminat reggae tidak harus melepaskan peluang ini, melihat Top Duo Korean Reggae ini beraksi diatas pentas. Tiket-tiket sudah mula dijual. (sila lihat flyers diatas untuk tarikh, masa, tempat dan tiket) Tepuk dada tanya selera... Big Up & Respect kepada organiser showcase ini...Peace & Love...
Neat's Jr...

Saturday, 23 November 2013
Friday, 22 November 2013
Penggerak Scene Reggae Malaysia
30 November 2013 ini akan berlangsungnya 1st Annual gathering Malaysian Reggae Community (MRC) yang bertujuan untuk merapatkan dan mengembangkan lagi scene reggae di Malaysia. Komuniti yang dibuat 2 tahun lepas ini dilihat semakin positif dan berkembang pergerakkannya. Beberapa acara sudah dirancang semasa gathering nanti seperti pendaftaran kad ahli komuniti yang dikenakan bayaran sebanyak RM30 (dengan beberapa kemudahan diskaun daripada outlet terpilih) yang akan diumumkan nanti. Selain itu, persembahan dari band-band reggae seperti Retired Stones, Rosewood, Rasta Syndicaye dan SharpShooter. Terdapat juga merchandise dan art reggae yang akan dijual disana nanti.
MRC juga turut merancang beberapa perancangan lain antaranya yang akan menyusul kemudian adalah Reggae FM dimana akan beroperasi 24jam yang akan memutarkan lagu-lagu reggae semestinya. Operasinya yang akan mula bersiaran pada bulan Disember nanti juga akan diumumkan juga kelak bila waktu penyiarannya, sementara itu boleh layari blog mereka di http:// myreggaeradio.blogspot.com/
Mereka perlu support dari kalian khususnya band-band reggae dan peminat-peminat reggae, untuk sama-sama memeriahkan komuniti reggae ini. Agar ia berkembang besar, mungkin juga dengan support dari kalian semua, scene reggae akan lebih meriah.
BIG UP untuk Malaysian Reggae Community, Semoga maju terus... Bless 'Neats Jr'
BIG UP untuk Malaysian Reggae Community, Semoga maju terus... Bless 'Neats Jr'
Thursday, 21 November 2013
Kindly note that our Facebook page is www.facebook.com/JahLurve
We are a home based online business and our address is 73, Jalan Seruling 45, Taman Klang Jaya, 41200 Klang, Selangor.
Tuesday, 29 October 2013
Redemption JB Reggae Rockerz
Sabtu lepas aku sempat menyaksikan persembahan Akeem keroncong (vokalist redemption) secara akustik. Dia dijemput untuk memeriahkan aktiviti seni di Rumah Pena. Walaupun tidak datang bersama anggota lengkap Redemption dan hanya ditemani seorang pemain bongo, vibe nya masih terasa dan santai bersahaja. Redemption merupakan sebuah band reggae yang berasal dari Johor Bharu. Secara peribadinya, jika ditanya kepada saya tentang salah satu lokal reggae band yang saya minat jawapannya adalah Redemption.Bagi saya Redemption adalah sebuah band reggae yang mempunyai vibe dan roots dalam musiknya, adrelin reggaenya senang meresap dalam jiwa saya dengan persembahan live nya. Band ini boleh pergi lebih jauh jika diberi sedikit ruang untuk karya-karya mereka.
Lagu-lagu seperti 'Aman Damai Tenang', 'Kejutkan Aku', 'Bujang Kembali', 'Wadi', adalah antara lagu-lagu ciptaan Redemption. Tapi sayang sampai sekarang masih belum ada keluaran rasmi dari mereka. Terlalu lama untuk menanti sebuah rilisan dari band reggae yang baik. Aku masih menanti rilisan pertama mereka. Ok Abang-abang hensem Redemption.
NEATS JR...

Monday, 7 October 2013
Thursday, 21 March 2013
Komuniti bagi pemusik reggae
Apa itu komuniti dan kenapa wujudnya blog Malaysian Reggae Community ini? komuniti atau satu bentuk jaringan kumpulan yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat. Komuniti ini tidak akan wujud jika tidak adanya sokongan dari kalian dan ianya bukan dibentuk oleh satu orang sahaja.dengan adanya komuniti ini ruang diskusi, forum perbincangan dan artikel serta bahan rujukan dapat disampaikan dan dikongsi bersama.
Ini topik yang sebenarnya hendak dibincangkan dan diangkat oleh penulis untuk artikel kali ini. Ini kerana penulis merasakan Malaysian Reggae Community seperti bukan satu bentuk komuniti. Maaf artikel ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi lebih kepada bentuk kesedaran. Di Malaysia memang benar scene reggae ini tidak besar malah kelompok peminat yang benar-benar meminati musik reggae ini kecil bilangannya. begitu juga dengan pemuzik reggae. Lantaran atas faktor itu pentingnya membentuk sebuah komuniti reggae ini untuk mendukung antara satu sama lain dan sentiasa berhubung, berbincang dan sebagainya. Bilamana Ras Muhamad Duta Reggae Indonesia mengatakan bahawa 2-3 tahun lagi musik reggae akan hidup subur di Indonesia penulis tidak terkejut ini kerana mereka mempunyai komuniti reggae yang cukup besar, hampir disetiap daerahnya mempunyai komuniti reggae sendiri, malah ada antara komuniti ini yang mengelola acara reggaenya dan mendokong pemusik-pemusik reggae itu. malah di salah satu stesen radio disana mempunyai siaran 'Jamaican Sounds' yang dikelolah oleh Ras Muhamad sendiri khusus untuk musik ska, rocksteady dan reggae. Mungkin sudah banyak kali penulis menekankan tentang jurang antara scene reggae kita dengan negara tetangga kita. tapi itulah kenyataannya.
Sebenarnya banyak faedah yang boleh dibikin melalui komuniti ini, pemusik-pemusik reggae diluar sana apa salahnya duduk lepak-lepak kedai mamak berkumpul sambil berbincang tentang scene reggae ini. Contohnya jika ada 2-3 band reggae/ska yang mahu mengeluarkan rilisan baik demo, ep atau album duduk berbincang bikin tour bersama. jelajah 5-6 tempat, disamping itu menjual rilisan terbaru anda disetiap tour cara ini lebih baik mungkin. Ini sebagai cadangan. tepuk dada tanya selera bro.
Wednesday, 13 March 2013
Salammusik
Salammusik satu nama yang agak baru dalam industri arus perdana di Malaysia, tetapi berjaya menerebus pasaran dan telinga pendengar dikhalayak ramai melalui musik reggae mereka. Apatah lagi bila kumpulan ini memenangi anugerah 'album terbaik 2012' di Anugerah Industri Muzik (AIM). Kemenangan Salammusik menjadi topi hangat dan cerita dikedai kopi yang sebelum itu mereka berjaya mencipta fenomena dengan lagu 'cerita kedai kopi' bersama DJ Fuzz dan Malique, dimana lagu ini berjaya menerima anugerah lagu hip hop terbaik di AIM yang ke 17.
Pengiktirafan dari AIM melalui album terbaik 2012 secara tidak langsung memperkenalkan band Salammusik dan jenama musik reggae itu sendiri. Penulis melihat perkembangan band ini semenjak 4-5 tahun lepas, melalui demo yang mengandungi cover lagu-lagu Bob Marley dan track-track awal salammusik kemudian mula membesar dengan single 'cerita kedai kopi'. Demo Salammusik yang diterima penulis dari seorang kawan yang begitu teruja dengan musik reggae Salammusik, sedikit demi sedikit single 'cerita kedai kopi' mula menarik minat pendengar radio arus perdana. Kombinasi dan ramuan yang berjaya melalui campuran reggae dan hip hop. kemudian diteruskan melalui lagu 'Alamak' feat dengan Altimet dan lagu 'Bangkit'.
Keterbukaan station radio memainkan lagu-lagu anak tempatan dan kebangkitan arus pendengar baru iaitu disasarkan kepada golongan arus perdana memberi nafas karya-karya salammusik didengari oleh mereka. kekuatan lagu dan lirik Salammusik itu sendiri mempunyai tarikkan. Dari pentas-pentas kecil di gig-gig sehingga ke pentas-pentas besar mereka beraksi menyebarkan pesanan-pesanan lewat lirik mereka. Lagu-lagu mereka bukan sekadar untuk didengar tetapi difikir dan dihayati baitnya. kata Salammusik ' keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak'
Dua buah album telah dihasilkan iaitu 'Salammusik' yang diterbitkan pada tahun 2011 dan 'O' yang baru sahaja dikeluarkan pada awal tahun ini. Dua buah album ini yang mendapat respon positif dari pihak media eletronik dan cetak. Untuk Salammusik 'Play Some Reggae Musik' Yooo... Bless

Monday, 18 February 2013
It's a Music Genre
Reggae is a music genre first developed in Jamaica in the late 1960s While sometimes used in a broader sense to refer to most types of. Jamaican music, the term reggae more properly denotes a particular music style that originated following on the development of ska and rocksteady.
Reggae is most easily recognized by rhythmic accents known as the skank on the off-beat, usually played by guitar, piano, or both. This pattern accents the second and fourth beats in each bar—or the "ands" of each beat, depending on how the music is counted—and combines with the drum's emphasis on beat three to create a unique feel and sense of phrasing. This is in contrast to the way most other popular genres focus on beat one, the "downbeat". The tempo of reggae is usually felt as slower than the popular Jamaican forms ska and rocksteady, which preceded it. It is this slower tempo, the guitar/piano offbeats, the emphasis on the third beat, and the use of syncopated, melodic bass lines that differentiate reggae from other music, although other musical styles have incorporated some of these innovations separately.
Saturday, 9 February 2013
Negeri Pelangi mewarnai Ras Muhamad
Ras Muhamad seorang musisi dan duta reggae Indonesia yang dilihat sentiasa berusaha untuk memajukan dan memartabatkan musik reggae indonesia ke peringkat dunia musik internasional. Beliau yang tidak jemu-jemu mengajar dan menyebarkan message-message didalam musik reggaenya.Buktinya lahir Declaration of Truth (2005), Reggae Ambassador (2007), Next Chapter (2009) dan Berjaya (2012), adalah hasil yang dituangkan didalam album-album beliau yang sarat dengan message-message dan spirit besar yang didalam lirik-lirik lagunya yang terinspirasi dari pergerakkan Rastafari, Bob Marley dan juga 2 sosok yang begitu dicintai oleh Ras Muhamad iaitu Kaisar Haile Selassie 1 dan Presiden Sukarno.
Penulis sendiri selalu menunggu-nunggu karya terbaru seorang duta reggae Indonesia ini. Saat bukunya Negeri Pelangi berada di tangan penulis, satu persatu halaman muka surat buku ini penulis selak dengan penuh ketakjuban. Seorang Asia yang tinggal di Indonesia mampu menulis dengan baik tentang sejarah belahan Afrika terutama Ethiopia. Buku Negeri Pelangi yang merupakan catatan perjalanan Duta Reggae Indonesia ke Ethiopia memperlihatkan kecintaan beliau terhadap musik reggae dengan menyelusur sejarah hingga ke akar lahirnya musik reggae itu dan bagi beliau reggae adalah suara bagi rakyat 'voice people' dan kebudayaan yang menemani kehidupan sehari-harinya. Berpeluang menjejakkan kaki ke negeri pelangi 'Ethiopia', negeri yang menjadi akar lahirnya musik reggae ini tidak disia-siakan oleh Ras Muhamad, Beliau menziarah, mencatat dan memotret setiap tempat yang dilewati dengan rasa kagum dan cinta ditanah Kaiser Haile Selassie ini. Ras Muhamad menulis rasa cintanya didalam Bukunya yang berisi sejarah tentang Rastafari, Kaiser Haile Selassie, Ethiopia, Bob Marley, gagasan asia-afrika yang dirungkaikan didalam buku 'Negeri Pelangi' ini. Didatangkan juga bonus cd single terbaru Ras Muhamad & Tony Q feat Easy Skankin Band bertajuk 'Negeri Pelangi'.
Secara jujurnya bagi penulis Ras Muhamad adalah salah seorang 'The Best Reggae Artist in Asia'. Semoga maju terus Duta Reggae Indonesia to the world.BOOMMM...
Sunday, 27 January 2013
Reggae Time Line 1945-1972
1945
- Robert Nesta Marley (Bob Marley) dilahirkan di St. Ann Parish, Jamaika. Anak dari pasangan kapten Norval Marley dan Cedella Malcolm. Ayah Bob Marley merupakan lelaki kulit putih Jamaika, manakala ibunya adalah wanita kulit hitam Jamaika.
Late 1940s
- Thomas Wong beliau memulakan sound system yang pertama di Jamaika yang dibei nama Tom The Great Sebastian sound system. Ken Khouri menubuhkan salah satu studio recording terawal di Jamaika.
Early 1950s
- MRS Records labels milik Stanley Motta's merakamkan lagu mento dan calypso dari penyanyi Lord Fly, menghasilkan rakaman pertama musik mento dan keluaran domestik komersial pertama di Jamaika.
1954s
- Coxsone Dodd menubuhkan sound system milik beliau yang diberi nama Downbeat Sound System, dengan Count Machuki sebagai DJ pertama beliau.
- Ken Khouri pemilik Federal Records adalah orang pertama di Jamaica yang membuat piring hitam
1958s
- Chris Blackwell mengasaskan Island Records di Jamaika dan mengeluarkan LP pertama- Sebuah album Jazz oleh seorang pemain piano buta iaitu Lance Haywood
- Edward Seada membuka studio WIRL (West Indies Records Limited),
1959/1960
- Single The Folkes Brothers 'Oh Carolina features Count Ossie's Rastafarian drumming group, yang ketara penemuan kebudayaan dan musik pada masa itu.
1960
- Blue Beat Record ditubuhkan di Britain dan begitu sinonim dengan musik ska Jamaika
1962
- Chris Blackwell menubuhkan Island Redords di United Kingdom dengan pelaburan sebanyak $5,300 ketika itu
- Jamaika mendapat kemerdekaan penuh dari Great Britain, tetapi kekal sebagai ahli komanwel. Alexander Bustamante dari parti JLP menjadi perdana menteri Jamaika yang pertama
- Jimmy Cliff yang berkerja dengan Leslie Kong's pemilik label Beverly's Record, adalah orang yang mencungkil bakat Bob Marley dan Desmond Dekker, menolong merakam, rakaman pertama mereka.
- Peter Tosh dan Junior Braithwaite menyertai Bob Marley dan Neville Livingston (Bunny Wailer), bersama dengan penyanyi latar Beverly Kelso dan Cherry Smith, menubuhkan The Wailers, dibawah jagaan dari Joe Higgs
- Rakaman pertama musik Ska dikeluarkan oleh Studio One house band
1963
- Coxsone Dodd membuka Studio One dibelakang kedai rekod milik keluarganya di Kingston
- Single pertama The Wailer's, 'Simmer Down' dikeluarkan oleh Studio One, mencapai tangga nombor satu di Jamaika.
1964
- Tommy McCook, Roland Alphonso, Lloyd Brevett, Lloyd Knibb, Lester Sterling, Don Drummond, Jerome 'Jah Jerry' Hines, Jackie Mittoo, dan Johny 'Dizzy' Moore menubuhkan band Skatalites di Kingston.
- Millie Small mencapai hit antarabangsa dengan lagu ska-pop 'My Boy Lollipop' nya.
- Ahli Politik Edward Seaga memilih Jimmy Cliff, Byron Lee & The Dragonaries dan lain-lain untuk mewakili muzik Jamaika pada tahun 1964 di World Fair di bandar New York.
1966
- Musik Rocksteady muncul dan mendominasi musik dari Kingston. Iramanya lebih perlahan daripada musik Ska.
- Ethiopia emperor Haile Selassie melawat Jamaika pada 21 April.
- Bob Marley berpindah ke Delaware, Amerika dsn berkerja shift malam di Kilang Chrysler.
1967
- The Paragons mengeluarkan lagu klasik rocksteady 'The Tide is High'.
1968
- Coxsone Dodd melawat United Kingdom dan membawa pulang Ecoplex delay bo,, membuka jalan bagi musik reggae dan dub.
1969
- Lagu Desmond Dekker 'Israelites" mendahului carta pop di U.K (dan mencapai tangga ke 9 di United States). Pertama untuk single reggae.
- Lee 'Scratch' Perry mengeluarkan 'The Upsetter'.
1970
- Wailers mengeluarkan album 'The Best of the Wailers' .
1971
- Leslie Kong meninggal dunia akibat serang jantung.
- Label the Wailers, Tuff Gong (nama lain bagi Bob Marley) menjadi komersial aktif sepenuhnya.
- Single Dave & Ansel Collins's 'Double Barrel' menduduki carta nombor 1 di United Kingdom.
- The Abyssinians mengeluarkan 'Satta Massa Gana' selepas 2 tahun direkod untuk Coxsone Dodd, yang keliru untuk dikeluarkan.
1972
- Michael Manley dari parti PNP menjadi perdana menteri Jamaika, setelah memenagi pilihanraya.
- Filem reggae 'The Harder They Come' ditayangkan dan menjadi filem kegemaran. Lagu tema filem ini dikeluarkan oleh Island Records.
- The Wailers mendatangani kontrak dengan label Island Records.
- Studio Channel One yang dikendalikan oleh adik beradik Hoo-Kim dibuka.

Monday, 21 January 2013
Mersing Music Festival 2013 (Asean Reggae Sunsplash)
Buat julung-julung kalinya dimana band-band reggae dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand dan Philippines akan berkumpul dan mengadakan persembahan bersama dibawah satu pentas. Festival Musik yang diberi nama 'Mersing Music Festival' a.k.a (Asean Reggae Sunsplash) yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 10-12 Mei. Festival yang akan berkampung selama 3 hari ini akan diadakan di mersing, Johor. Festival ini yang bermula pada 10 Mei, akan membuka tirainya pada sebelah petang yang akan menggabungkan band-band Reggae Rock Blues.Band-Band seperti Public Voice dari Iran, Purple Haze, Candy, Touch Mahal, Sons of Adam, N The Boys mengambil pentas pada hari itu. Manakalah keesokkan harinya 11 Mei, Asean Reggae Sunsplash akan membuka tirainya. Antara band-band yang akan mengegarkan pentas pada hari itu seperti Judge Not (Malaysia), Redemption (Malaysia), Bushmen (Singapore), Nu Reggae Man (Thailand), Jack Pilpil & Peace Pipe (Philippines), Steven & Coconuttreez (Indonesia), Dub Skank'in Hifi (Singapore) Redemption, Sweet Rasta, Coca D Monday, Rootstalk, Rata Syndicate, Slayank (Malaysia) dan beberapa lagi band yang akan diumumkan kelak. Untuk slot Steven & Coconuttreez, penulis tidak dapat memastikan samaada band Steven & Coconuttreez yang akan beraksi di Malaysia atau pun Steven Jam. Kerana buat masa ini apa yang penulis tahu Steven & Coconuttreez sedang berehat panjang dan ahli band masing-masing sibuk dengan projek band masing-masing. Tapi jangan khuatir mahupun Steven & Coconuttreez ataupun Steven Jam kedua-dua nya masih mengusung musik reggae. Pada hari terakhir pula diisi dengan dari musik berbagai genre, acara kebudayaan dan kemungkinan akan ada musik workshop juga Demonstrasi dari Karamjit Motorsport. Juga booth untuk jualan dan booth kebudayaan akan dibuka sepanjang festival ini berlangsung. Untuk sebarang pertanyaan mengenai band, booth atau apa saja mengenai festival ini sila ke myreggaecomm@gmail.com
Saturday, 19 January 2013
Coretan Reggae
Artikel ini ditulis setelah masuk hari yang ke 18 tahun baru masihi. Sebenarnya penulis ingin menulis isu review untuk tahun 2012 sebelum masuk tahun baru masihi, tetapi oleh kerana beberapa masalah, ianya tertangguh sehinggalah artikel ini anda baca. Jadi review ini akan dipendekkan dan ia sekilas pandang apa yang berlaku sekitar tahun 2012. Ada beberapa perkara yang menarik dan kurang menarik sepanjang tahun 2012 yang berlaku dalam scene reggae di Malaysia, baik dari segi band dan gig. Antaranya kemenangan band Salam di pentas AIM ke 19 bagi anugerah album terbaik. kehadiran beberapa internasional reggae band yang membuat persembahan di Malaysia antaranya Reggae Rajahs (India 1st Reggae Sound System), Million Stylez (swedish dancehall), Job 2 Do (Reggae Thailand), Ras Muhamad (Duta Reggae Indonesia), Tony Q Rastafara (Indonesia) dan beberapa artis lagi. Juga One Love Reggae Festival Kuala Lumpur yang masuk tahun keduanya dengan memanggil band asia sekitarnya.Yang kurangnya pula mungkin dari segi kuantiti band ska/reggae Malaysia yang mengeluarkan rilisan baru. Mungkin rasa penulis hampir tidak ada band yang mengeluarkan rilisan pada tahun lepas (maaf jika terlepas pandang). Sepanjang tahun lepas 2012, diserata dunia lebih kurang seratus lebih (jka tidak silap) album reggae yang dikeluarkan. Tapi hanya satu album saja yang dipasarkan di Malaysia iaitu album Sean Paul 'Tomahawk Technique'. begitu sukar untuk mendapatkan rilisan reggae baru dipasaran Malaysia sekarang. Tidak seperti tahun 90an dimana penulis mudah untuk mendapatkan rilisan album-album baru ketika itu di kedai-kedai yang menjual kaset dan CD. Album penyanyi seperti Garnet Silk, Ini Kamoze, Capleton, Aswad, Big Moutain, Steel Pulse, Shabba Ranks dan beberapa lagi begitu mudah didapati. Hari ini jika kita singgah ke kedai musik seperti Rock Corner, Victoria Music, Speedy Music kita mungkin akan ditunjukkan dengan koleksi-koleksi Bob Marley, Peter Tosh, UB40 dan kompilasi reggae dan The Best Of saja. Begitu halnya juga dengan peminat yang hadir ke acara atau gig yang melibatkan ska atau reggae, sambutannya mereka yang hadir begitu mengecewakan. Ini kerana ia berdasarkan pemehatian penulis sepanjang menghadiri acara dan gig ska/reggae ini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan internasional artis dan band. Bila gig yang dianjurkan tidak ramai yang hadir organiser terpaksa menanggung kos untuk membawa mereka bermain di Malaysia. Faham-faham sahajalah.
<br /><br />
Ok tutup buku tahun 2012, ini buku baru tahun 2013. Penulis sebenarnya masih mengharapkan sesuatu yang BOOMM... lebih banyak band reggae yang mengeluarkan rilisan-rilisan baru, lebih banyak internasional reggae band yang singgah ke Malaysia, dan acara-acara reggae festival. Ada beberapa good news yang didengar antaranya 'Asean Reggae Sunsplash' yang akan diadakan di Mersing, Johor pada bulan Mei. Oh ya band Salam yang baru mengeluarkan album terbaru 'O'. Progres yang semakin membesar untuk band ini dan review yang baik diakbar arus perdana tentang album ini. Negara-negara jiran yang semakin membesar acara dan bandnya. legenda reggae dari Jamaica akan perform di negara jiran kita pada 2013 ini Singapura dan Indonesia. begitu juga band ska dari matahari terbit 'Tokyo Ska Paradise Orchestra' sekali lagi akan bermain di Singapura. Melabur lagi duit untuk menonton Jimmy Cliff di Singapura untuk tiket standart yang berharga lebih kurang S$ 165 lebih kurang RM4xx dan tiket Tokyo Ska Paradise Orchestra yang berharga lebih kurang S$ 40 paling murah sekitar RM 1xx. Ok sedikit coretan reggae kali ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)