Monday, 1 February 2021

Lagenda Reggae Dennis Brown

Kalau ditanya tentang Dennis Brown kepada pemuzik reggae di Malaysia, nama ni mungkin tidak ada dalam senarai influence mereka. Walaupun beliau adalah Reggae Superstar dan meninggalkan legasi yang besar dalam muzik reggae. Tidak seperti Bob Marley yang rata-rata pemuzik di Malaysia ini jika ditanya siapa influence reggae mereka, nama Bob Marley adalah nama wajib yang harus ada. 

King Of Reggae, Bob Marley ada mengatakan Dennis Brown adalah penyanyi reggae terbaik didunia dan merupakan penyanyi reggae kegemaran beliau dan Bob Marley sendiri memberi gelaran The Crown Prince Of Reggae kepada Dennis Brown.  Beliau menjadi inspirasi dan pengaruh bagi kebanyakkan penyanyi reggae antaranya Barrington Levy, Maxi Priest, Ali Campbell (UB40), Shaggy, Junior Reid, Frankie Paul, Luciano, Bushman dan banyak lagi. 


Nama Sebenar beliau Adalah Dennis Emmanuel Brown, lahir pada 1 Februari 1957 di Kingston Jamaica. Beliau mula bernyanyi pada usia yang muda, semuda usianya 9 tahun. Lebih dari 3 dekad berkarier dengan mengusung muzik reggae dan antara bintang besar didalam muzik Loverock (salah satu cabang dari muzik reggae) dengan menghasilkan lebih dari 70 buah album dengan 37 rekod label yang berlainan. Dennis Brown ni ada yang mengatakan lebih popular di Jamaika berbanding Bob Marley. 

Pada penghujung tahun 1990'an, beliau telah dikesan mempunyai penyakit Pneumonia, dan kesihatan beliau mula menurun ditambah pula dengan kesan penggunaan dadah kokain. Pada 30 Jun 1999 beliau telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kingston, Jamaika dan pada keesokkan harinya iaitu  1 Julai 1999, Dennis Brown telah pun meninggal dunia, menurut laporan perubatan rasmi, kematian beliau adalah disebabkan Collapse Lung.  

Lagu-lagu seperti No Man Is An Island, Money In My Pocket, Love Has Found It Way,Senorita dan ratusan lagu-lagu beliau akan terus berkumandang diserata dunia dan pada hari ini 1 Febuari peminat reggae merayakan birthday nya. Happy Birthday Dennis Brown...





Sunday, 20 September 2020

Special Solo Project oleh Edy J. Herwan (Patah Hati)

Edy J. Herwan membikin sebuah projek solonya dengan kelahiran album Patah Hati. Sebuah projek album yang agak lari dari kebiasaan muzik beliau yang sinonim dengan musik Ska dan Reggae. Sebuah album dengan musik yang beliau gelar Dark Soul. 

Bagi aku personally sesiapa yang biasa mendengar musik-musik dari American Soul & R&B artist seperti Otis Redding, Sam Cooke, Wilson Pickett ini adalah sound Soul nya dan Dark nya mungkin dari segi lirikal nya yang agak gelap (spiritual & broken heart) dengan lirik-liriknya seperti lagu Dosa, Patah Hati. manakala lagu Adore featuring bersama MasiaOne adalah satu-satu lagu berentak reggae didalam album ini.

Album ini memuatkan 7 buah lagu dan ada hidden track didalam album ini dengan membariskan beberapa artis untuk kolaborasi seperti Noh Salleh (Hujan), Fynn Jamal, Zizi Kirana, MasiaOne (Singapore) dan Masrenny.

Album ini 300pcs copy terawal telah pun Sold Out dan dicetak lagi 100pcs copy terakhir untuk korang grab sebelum sold out dan tadi diberitahu oleh Edy cuma tinggal 30pcs lagi so korang boleh contact Edy J Records untuk pembelian. 

Bak kata Edy turn your receiver amp volume up! These sounds are gonna make you Sit Back and Termenung...



Tuesday, 20 August 2019

Reggae Festival... Here we go...

Bagi sesuatu festival Musik yang berskala besar, barisan band/artist yang dijemput untuk menjayakan  sesuatu festival Musik itu sangat mempengaruhi kedatangan crowd untuk hadir ke festival Musik tersebut. Lebih-lebih lagi bila festival itu adalah berbayar. Sebanyak 70% kehadiran penonton berpandukan kepada lineup yang akan membuat persembahan disesebuah festival musik tersebut selain 30% lagi mengikut pecahan seperti venue, ticket dan accommodation.

Di Malaysia community reggae diMalaysia ini tidak besar. Base pada pengalaman aku sewaktu band reggae asal U.K. UB40 perform diMalaysia sebanyak 2 Kali pada tahun 2014 dan 2016 peratus kehadiran peminat reggae diMalaysia hanya 40% selebihnya 60% adalah foreigners yang memenuhi dance hall. Begitu juga artist/band dari Indonesia yang mengadakan persembahan diMalaysia seperti Ras Muhamad, Tony Q Rastafara, 50% crowd yang hadir adalah dari warganegara Indonesia itu sendiri yang menetap dan berkerja diMalaysia. 

Seperti beberapa tahun yang sudah Ziggy Marley bermain di Singapore kebanyakkan penonton yang hadir adalah orang luar. Pemilihan band/artist yang dipilih sangat mempengaruhi kehadiran penonton nanti. 

Jaringan Malaysian International Reggae Society seharusnya lebih aktif dan melakukan survey, mungkin akan ada beberapa cadangan atau pandangan daripada ahli-ahli atau orang luar yang boleh diambil pandang dan dipertengahkan. Terwujudnya komuniti ini adalah untuk saling mendukung antara satu sama lain sebab komuniti reggae Malaysia ini tidak besar tetapi kebelakangan 1-2 tahun ini dilihat semakin berkembangnya reggae ditanah air. Arusnya positif... One love... Neats




Wednesday, 31 July 2019

Ada apa dengan reggae Malaysia dan 2019

Q3 2019 menyaksikan Musik reggae di Malaysia sedang berkembang, baik dari segi penganjuran gig/konsert/festival mahupun rilisan terbaru dari band-band tempatan

Tahun ini menyaksikan international reggae artist seperti Macka B (U.K), Ras Muhamad (IND), Yella Soundsystem, Rasvan Aoki dijemput dan hadir untuk menjayakan festival dan persembahan mereka Di Malaysia, Sementara itu pula pada bulan Ogos ini seorang lagi international reggae artist dari U.K, Apache Indian akan turut mengadakan persembahan Di Kuala Lumpur. Juga terdengar desas desus dari beberapa rakan penganjur yang  cubau membawa Alpha Blondy dan Roy Ellis untuk tampil ke Malaysia, satu berita yang agak istimewa dan jika menjadi kenyataan pasti akan menjadi satu Yang istimewa dalam gerakkan reggae di Malaysia. Tidak lupa juga festival World Reggae 4 Peace Symposium & Concert di Marina Island Pangkor pada 20 & 22 September, Juga menunggu confirmation Borneo Reggae Festival Di Sabah dimana pada bulan September ini. 

Sementara itu bagi rilisan album, Salam Musik baru saja melancarkan album terbaru mereka berjudul riwayat dimana sekarang mereka sedang sibuk mempromosi Dan mengadakan tour, Band Ska Punk Johny Comes Lately juga baru meriliskan single 7' Vinyl mereka dan akan mengadakan launch party minggu ini, manakala Gerhana SkaCinta juga pada 30 Ogos ini akan melancarkan single terbaru mereka Di The Bees Publika. Begitu juga Rasta Syndicate dengan rilisan lagu mereka Yang boleh direquest di station radio Di Malaysia.

Aku harap akan ada lagi rilisan baru dari band-band local baik ska ataupun reggae dan lebih banyak international artist-artist atau band akan mengadakan persembahan di Malaysia sepanjang 2019. Neat's JR

Saturday, 13 July 2019

Fuyyoo Johny Comes Lately...

Band SkaPunk Johny Cames Lately baru saja meriliskan 2buah single terbaru mereka didalam format 7' vinyl. Single pertama mereka Fuyyoo sebelum ini telah pun diriliskan didalam format CD Single limited edition dimana mereka memberinya secara percuma semasa sesi pra dengar dan  pelancarannya disebuah cafe diBangi. 

Seperti Fuyyoo yang menyaksikan mereka featuring bersama Azhar Osman, lagu Gundah juga meyaksikan mereka berkolaborasi bersama penyanyi reggae/hip-hop dari Singapore, MesiaOne. 



Jika korang mengikuti JCL sejak dari awal lagi daripada EP mereka, hinggalah ke Album debat (Ke Mana Kita), korang pasti akan perasan dengan progress dan kematangan  2 buah lagu ini. Lebih Catchy Skanya dan tidak terlalu riot punknya. (secara personal bagi aku). 

Bagi korang yang belum mendapatkan 7' Vinyl ini korang bole contact mereka Dilaman sosial mereka di FB/IG didalam, kalau korang yang tidak mempunyai rekod player untuk vinyl juga disertakan sekali coupon untuk download lagu secara digital dan juga sticker JCL.

Release party vinyl ini akan diadakan Di LiveFact KL pada 4 Ogos, Ahad, jam 5 petang. Neat's


Sunday, 31 March 2019

Ras Muhammad Live In Malaysia

Perkhabaran tentang kedatangan Ras Muhammad (duta reggae Indonesia) ke Malaysia bukanlah khabar angin bagi peminat-peminat reggae di Malaysia. Soundsystem Meeting KL dengan dengan bangganya akan membawakan Ras Muhammad untuk satu malam ekslusif konsert beliau di Kuala Lumpur bertempat  di Live Fact KL pada hari jumaat 12/4/2019 jam 8 malam.



Apa yang diberitahu oleh pihak penganjur tadi, tiket untuk menyaksikan konsert telah pun habis dijual, kerana hanya 250 keping tiket sahaja yang dijual... 

Adalah satu kerugian bagi mereka peminat reggae terlepas menyaksikan persembahan duta reggae ini secara lebih dekat.

Ras Muhammad bukan sahaja layak digelar duta reggae Indonesia tetapi layak juga digelar sebagai duta reggae asia kerana beliau membawa dan memperkenalkan jenama reggae asia didalam peta reggae diseluruh dunia. 

Terima Kasih kepada pihak penganjur kerana membawa Ras Muhammad ke Malaysia.





Sunday, 18 February 2018

The Wailers Selepas Bob Marley

The Wailers adalah nama yang cukup besar didalam peta musik reggae. The Wailers itu sendiri tidak akan wujud tanpa adanya Bob Marley,  Peter Tosh dan Bunny Wailer . Walaupun selepas Peter dan Bunny keluar untuk membawa haluan sendiri, Bob Marley masih lagi mengekalkan kumpulan The Wailers dengan mengrekrut I-Three (Rita Marley, Marcia Griffith, Judy Mowatt)... 


Selepas kematian Bob Marley pada tahun 1981, The Wailers diteruskan dengan diketuai oleh Aston 'Family man' Barret dan Junior Marvin... Meneruskan rakaman dengan kolaborasi beberapa artis antaranya Joe Yamanaka, Alpha Blondy dan beberapa artis lain... Pada tahun 1987 pula pemain dram mereka Calton Barret pula meninggal dunia akibat dibunuh.

Pada tahun 1989 barulah mereka meriliskan Album studio mereka yang  Pertama berjudul I.D... Selepas itu album Majestic Warriors (1991) dan JAH message (1994) walaubagaimanapun ketiga-tiga album ini tidak memberi impak yang besar kepada The Wailers. Pada 2008 pula Al Anderson dan Junior Marvin menubuhkan kumpulan The Original Wailers.


Tidak seperti Inner Circle, band yang diasaskan oleh Ian dan  Roger Lewis ini,  selepas kematian penyanyinya Jacob Miller pada thin 1980, Inner Circle bangun pada tahun 1986  dan telah berjaya menjenamakan semula nama Inner Circle itu sendiri tanpa bayang2 Jacob Miller... Lagu2 seperti Bad Boys dan Sweet (A La La La La Long)  menjadi hit seluruh dunia ketika itu... 

The Wailers itu sendiri tidak dapat lari dari bayang2 Bob Marley kerana The Wailers itu adalah Bob Marley...



Wednesday, 17 January 2018

Kecelaruan didalam subgenre reggae

Jamaica musik pada masa ini terus berkembang mengikut peredaran zaman... Banyak evolusi telah berlaku didalam Jamaica musik itu sendiri, dari ska hinggalah ke reggae, masing2 melahirkan sub genre dibawah asas akar musiknya... Reggae terus mendominasi perubahan didalam subgenrenya.

Agak susah sebenarnya untuk men'crate'kan sesuatu bunyian atau melahirkan sesuatu  subgenre musik yg baru... Tetapi agak senang untuk pihak media melabelkan sesuatu jenis musik, contohnya 'reggae revival' adalah ciptaan pihak media...  Adakah reggae revival itu satu subgenre atau itu adalah movement... Chronixx penyanyi asal Jamaica ini  menolak idea reggae revival yg dicipta oleh pihak media.

Memang benar terdapat banyak pemuzik diluar sana mempunyai gaya musiknya  yang tersendiri Dan ghairah dengan cuba mencipta sesuatu yg baru dan mengklasifikasikan musik mereka sebagai satu subgenre baru...

Aku secara peribadi menilai sesuatu subgenre yg baru lebih berdasarkan kepada perubahan tempo musik dan experimental dengan alatan musik... Reggae itu sendiri kaya dengan culturenya... Jika ada sesuatu pemuzik mengklaim mencipta satu subgenre baru dan hanya berdasarkan kepada jenisan penulisan lirik yg khusus seperti tema religious, health atau sebagainya tanpa berlaku perubahan dan experimental musik aku secara peribadi  menolaknya Kerana lirik itu universal...

Tidaklah salah juga jika mereka mendakwa telah menghasilkan sesuatu yg baru didalam musik reggae.  Pokoknya perlu tahu tentang hala tuju sama ada boleh diterima diperingkat global dalam penerimaannya. Kalo diterima itu sukses... Kalo mati dan tidak berkembang itu syok sendiri... Subgenre itu seharusnya berkembang dan diterima...salam... Neat's

Monday, 1 January 2018

Malaysian Ska & Reggae 2016-2017

Tahun baru, baharu saja berlalu, 2 tahun kebelakangan ini musik ska dan reggae di Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan dari segi penganjuran konsert yang berskala besar dan band-band banyak meriliskan album dan single baru. wujudnya beberapa komuniti dan persatuan ska dan reggae yang didaftarkan antaranya Pertubuhan Pengiat Seni Ska Malaysia, Malaysia International Reggae Society (MIRS) dan beberapa komuniti yang dibentuk di alam maya. Komuniti atau pertubuhan ini diwujudkan adalah untuk membentuk jaringan dan mengumpulkan peminat dan pemuzik itu sendiri dan memberitahu tentang kewujudkan sesebuah komuniti atau persatuan tersebut seterusnya membesarkan jaringan keseluruh dunia. Melalui komuniti atau persatuan ini agak mudah untuk membuat sesuatu perkara dan bergerak seperti konsert dan sebagainya. 

Pada bulan september 2016 berlangsungnya 1st international Reggae Festival In Malaysia di Tanjung Tualang yang dianjurkan oleh MIRS dengan kerjasama kerajaan negeri dan beberapa NGO. Begitu juga dengan penganjuran Kuala Lumpur Ska Festival yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiat Seni Muzik Ska Malaysia pada bulan May tahun lepas. Ronggeng Sound System juga yang mempromosikan dub/reggae musik dengan membawa masuk Earl Gateshead (trojan records) dan Dan Wiltshire (one love festival UK) pada bulan oktober lalu. dan Langkawi International Island musik yang menampilkan banyak line up reggae.

beberapa band mula meriliskan album, EP dan single antaranya Gerhana SkaCinta, Plague Of Happiness, Johny Came Lately, SharpShooter, DR.Sakti, Rootstalk dan ada beberapa band yang sedang dalam proses merakam dan dapat dilihat banyak- DJ-DJ reggae yang wujudkan antaranya  King I & Easy Babasound, Soundsystem Meeting Kuala Lumpur yang masing-masing meriliskan mixtape.

Tahun 2018 aku dengar ada beberapa perancangan utuk Ska dan Reggae menganjurkan konsert international berskala besar dengan membawa masuk international line up. Bagi peminat musik ska dan reggae ini mereka memerlukan dokongan dari kalian. tanpa kalian mereka tidak mampu akan menganjurkan acara-acara seterusnya kerana modal yang perlu dilaburkan agar kasar, begitu juga dengan band-band yang neriliskan material terbaru, tolong support dan beli itu yang membuat mereka terus bersemangat untuk berkarya. terus maju ya MALAYSIA REGGAE SKA 2018.Neats

Tuesday, 14 February 2017

Bob Marley 72 tahun

Pada 6 Febuari yang lalu, Bob Marley akan berusia 72 tahun. Beliau yang meninggal pada usia 36 tahun akibat kanser. Beliau adalah sosok yang membuka jalan bagi muzik Reggae dikenali diserata dunia. Impak beliau didalam musim reggae sangat besar. Sosok beliau dikagumi Oleh banyak pemuzik, pencinta, peminat Reggae. Setiap tahun dipelbagai negara diseluruh pelusuk dunia peminat beliau akan merayakannya hari kelahirannya.

Bulan Febuari juga, Jamaika merayakannya apa yang disebut 'bulan reggae'.  Sepanjang bulan tersebut pelbagai aktiviti dilakukan yang berkait dengan muzik reggae antaranya persembahan konsert, perbincangan, penganugerahan dan pelbagai lagi.


Sepanjang Bulan Febuari ini juga aku akan cuba untuk membuat review album-album Bob Marley. Mengupas tentang lagu-lagu Dan lirik yang terdapat didalam album2 beliau...

Happy Earth Strong Bob Marley...

Sunday, 21 February 2016

Salamm... Dari duta reggae Indonesia Ras Muhamad

Greetings the Rastaman I sing Salam salam salam 
Greetings to each and everyone Salam salam salam
Anytime you meet or greet anyone 
Whether it Namaste, Assalamualaikum 
Know that Salam means peace unto you Salam salam salam 

Antara bait lagu Salam dalam album terbaru Ras Muhamad yg diriliskan oleh label reggae antaranbangsa Oneness Records yang berpangkalan di Jerman didalam bentuk digital pada tahun lepas yang Memuatkan 16 buah lagu. Berkolabarasi dengan artis reggae internasional seperti Kabaka Pyramid (Jamaika), Naptali (Jamaika), Sara Lugo (Jerman), Uwe Kaa (Jerman) dan beberapa nama lagi. Penyanyi yang berasal dari Indonesia ini bagi saya adalah salah seorang artis reggae dari asia yang berjaya menerebus musik reggaenya ke pasaran internasional, dengan slang patois didalam bahasa english dan bahasa Indonesia semestinya dapat didengar didalam album ini. Lagu Leluhur feat Kinokini dapat kalian dengarkan bunyian Indonesian traditional instrument. Berkolaborasi dengan Kabaka Pyramid didalam lagu Re Education dan Naptali didalam lagu Farmerman. 



Ras Muhamad selayaknya digelar duta musik reggae Indonesia, berjaya meletakkan Indonesia didalam peta reggae dunia yang harus kalian lihat dengar dan rasakan musik reggae dari Indonesia ini, musik beliau berjaya mengenalkan dimata dunia reggae tentang budaya dan kepelbagaian di Indonesia Bila mana ada yang mempersoalkan tentang itu sila semak balik perjalanan seorang musisi reggae ini, Beliau tanpa jemu untuk berkarya dan membesarkan musik reggaenya di Indonesia bahkan ke seantero belahan dunia, Jamaika, Ethiopia, Costa Rica, thailand, Kemboja, Malaysia dan berbagai lagi destinasi telah dilewati untuk memperkenalkan reggae seantero dunia.                            Secara peribadinya bagi penulis karya Ras Muhamad 'salam' adalah antara karya terbaik pada tahun 2015 dan karya-karya terbaru beliau selalu penulis nantikan kerana setiap album yang beliau hasilkan terdapat keterujaan bila mendengarnya. salam... NEAT'S